Selasa, 3 Mei 2011

PANJANGKAN PESANAN KAK CIK BUAT ADIKNYA AZMIR ADZHA...

SEMOGA AZMIR ADZHA MEMBACA ENTRI INI.



Saya tersentuh membaca entri Kakcik di sini. Rintihan seorang kakak merayu agar adiknya yang telah terputus hubungan, supaya melawat ayah mereka yang sedang terlantar sakit di Hospital Pantai, Ampang.

Saya perturunkan entri beliau sepenuhnya, tanpa gambar. Mungkin kalau kita, sesama rakan blogger, memanjang-manjangkan entri dia ini, mana tahu adik beliau terbaca salah satu dari entri kita, terbuka hatinya untuk segera menjengok ayahnya.


Untuk perhatian adikku Azmir Adzha...

Mungkin ini berita yang kamu tunggu...

BAPA SEKARANG TERLANTAR DI ICU

gambar yang diambil secara 'curi-curi'

pulanglah sementara ada waktu, tidak mengapa kalau dengan 'kami' kamu tidak mahu bertemu, asalkan di dada bapa terlerai rindu. Gambar-gambar berikut mungkin boleh jadi panduan untuk kamu ke sana :

Sekian dimaklumkan. Hanya melalui blog ini kakakmu ini dapat menghantar khabar. Semoga perkhabaran ini sampai juga kepadamu.

Pesanan saya   kepada Azmir.

Ziarahlah ayahmu sementara hayatnya masih ada. Andainya ayah kamu telah tiada nanti, dan dikala itu kamu baru teringat untuk bertemu ayah mu, percayalah kamu akan menyesali dirimu sehingga akhir hayat kamu. Di kala itu jika kamu menangis dengan air mata darah sekalipun, ayah mu tidak akan kembali lagi. Dengarlah rayuan kakak mu itu !

AZMIR ADZHA segeralah ziarahi ayahanda mu sementara masih ada kesempatan....SIAPALAH KITA TANPA MEREKA........

 
Sabar dan tabahlah buat Kakcik semuga Allah perkenankan doamu....aaminnn.....

12 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    semoga adik beliau cepat sedar dan melupakan kisah lalu agar kembali ke pangkuan ayahnya..

    BalasPadam
  2. Salam Sahrom..,

    Mudah-mudahan semuga perkenankan Doa kita semua...Insyaallah...aaminnn...

    BalasPadam
  3. Usaha murni dari azmnor buat sahabat blogger kakcikseroja..

    Jika Azmir Adzha membaca entri ini, ingatlah... Segala amalan kita tidak diterima Allah jika kita memutuskan hubungan dengan ibubapa kita..

    BalasPadam
  4. Salam mie..,

    betul tu mie..sia-sia jerr hidup ini kalau memutuskan silatulrahim dengan ibubapa.... " Ditolak syahadah mu oleh Allah bagi mereka yang tidak menghormati ibubapamu"

    mudah-mudahan Allah lembutkan hati Azmir Adzha....insyaallah

    BalasPadam
  5. terima kasih kerana memanjangkan entri ini. menurut kakcik, adiknya juga seorang blogger. tidak mustahil dia akan terbaca entri awak dan terbuka hatinya untuk menjengok ayahnya.

    BalasPadam
  6. Salam Tn Hj...,

    Insyaalah....kita beusaha Allah yg tentukan...
    Mudah-mudahan lembut hatinya nanti...
    Maaf pasal salin dan tampal semula di blog saya...

    BalasPadam
  7. salam mie...,

    gitu laa harapan kita semua...KAKCIK khasnya....

    pulang lah Dik....ambil yg jernih buang yang keruh..

    BalasPadam
  8. assalamualaikum

    salam ziarah di hari rabu...

    BalasPadam
  9. Salam Saharom,

    TQ ziarah cni...sok kot baru ada en3

    BalasPadam
  10. Salam mie..,

    harap-harap gitu...tak buat follow-up dgn Kakcik lagi...

    BalasPadam