Selasa, 21 Jun 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah.1.




Syukur Alhamdulillah bertemu semula selepas 23 hari menyepi di alam maya ini..... Syukur teramat syukur jua khas buat Allah subhanawataalla kerana memperkenan kan perjalanan saya sebagai tetamunya dengan harapan bahawa segala amal ibadat selama ini diterima serta diampunkan segala kesalahan dan dosa - Insyaallah.....aaminnn....


Perjalanan menyahut jemputan NYA bermula pada 31hb Mei 2011 pukul 10.00 malam dari TTJ Seremban, memandu sendiri menuju ke KLIA bersama isteri, kakak ipar dan anak buah.... mudah-mudahan perjalanan ke sana direstui dan dilindungi Allah...Insyaallah...aaminnn.






Saya kesana  melalui Syarikat SMS Tours - HajiUmrah.com  yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan BIMAN Air Lines - Syarikat Penerbangan Bangladesh...., pada asalnya syarikat bercadang menggunakan Syarikat Penerbangan Pakistan - PIA tetapi terdapat kekurangan kekosongan tiket bagi peserta yang berjumlah 86 orang yang turut menyertai Program Ziarah dan Umrah ini...jadi hasrat itu terpaksalah dilupakan.




Peserta berkumpul di KLIA pada pukul 11.30 malam, disini peserta diserahkan beg sandang kecil, tanda nama, passport dan boarding pass, selepas itu serba sedikit penerangan diberikan oleh wakil syarikat berkenaan pakej ziarah dan umrah ini serta jadual waktu terkini semua aktiviti sepanjang program tersebut yang akan dijalankan dan seseorang telah dipilih sebagai penghulu bagi melincinkan lagi semua proses sepanjang program dilaksanakan . Sekitar pukul 1.00 pagi semua peserta diarahkan "check-in" setelah semua urusan luggage telah selesai diurus oleh pihak syarikat.

Tepat pukul 3.00 pagi 1 Jun 2011 pesawat yang membawa semua peserta selamat berlepas meninggalkan lapangan terbang antabangsa KLIA menuju distinasi DAKKA....

Sekian catatan perjalan kali ini...jumpa lagi di catatan perjalanan hari kedua Ziarah dan Umrah Jun 2011.

Insyaallah.....aaminnn...

17 ulasan:

  1. Tak kesahlah dg flight mana pun, yang penting tujuan kita kesana tu..

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum mie..,

    Haah mie.., yg ptg apa tujuan kita..tp kalau naik MAS,Saudi Air ker Qatar Air ker, tak der lah buang masa transit sampai 2 hari...
    Apa-apa pun Alhamdulillah....semua yg terjadi tu semuanya perancangan Allah....

    BalasPadam
  3. Salam,.....sorry lama tak jenguk...Alhamdulillah....pegi jugak..aku ni tak tau la bila pulak...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum MieCyber...,

    Alhamdulillah kerana dipilih...mudah-mudahan semua amalan diterima NYA..
    Insyaallah....

    TQ dtg ziarah saya disini..

    BalasPadam
  5. Assalmualaikum Fadzli...,

    Tak per akan dijemput NYA jua nanti sebagai tetamu NYA...Insyaallah...aaminnn....

    BalasPadam
  6. alhamdulillah semuanye selamat kanns..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum en_me,

    Alhamdulillah semua nya dah selesai ...dgn harapan diterima segala amal dan diberi peluang lagi kesana...Insyaallah....aaminnn

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kemang..,

    Alhamdulillah..mudah-mudahan diberkati di terimanya semua amal...

    Terima kasih kemang semuga kemang juga berkesempaan kesana...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah...tahniah!! Allah SWT telah mempermudahkan urusan sdra ke sana

    BalasPadam
  10. Salam Sahrom..,

    Alhamdulillah semua telah selesai...dan terima kasih atas doa semua sahabat...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.

    Syukur telah selamat kembali dari menjadi tetamu Allah. Semoga telah mendapat umrah yang mabrur.

    tentu banyak kenangan manis semasa di sana.

    saya juga bercita2 untuk menunaikan umrah tapi mungkin bukan dalam masa terdekat.

    BalasPadam
  12. Alaikumsalam Tn Hj...,

    Alhamdulillah dan berbanyak-banyak syukor ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan melaksanakan ibadah umrah... Insyaallah mudah-mudahan mendapat umrah yang mabrur...aaminnn...

    Memang banyak kenangan manis berkunjung kesana dan yang pernah kesana dapat merasakan...

    Insyaallah Tuan, saya doakan Tuan juga akan berkunjung juga kesana utk menunaikan umrah...tentunya kemanisan semasa menunaikan haji dulu masih lagi di dalam ingatan...

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Assalam...

    Wah..seronoknya dapat jadi tetamu ALLAH...alhamdulillah semuanya dipermudahkan yer...Bila la saya berpeluang nk ke sana jugak..

    BalasPadam
  15. Alaikumsalam Cik Sinju...,

    Alhamdulillah syukor ke hadrat Ilahi....
    Semuga Cik Sinju juga akam mendapat kesempatan dan peluang menjadi tetamu Allah...Insyaallah....saya doakan..aaminnn...

    sekali dah pergi rindu nak kesana semula seperti rasa tidak puas di sana dulu....

    BalasPadam