Rabu, 6 Julai 2011

Raikan Rakan Sekerja Akan Besara - Restoran Seri Melaka, Amcorp.

Baru jer balik dari Amcorp PJ, selepas selesai lunch raikan rakan sekerja sempena hari persaraannya., aku turut serta meraikan beliau kerana pernah dulu bersama bekerjasama dalam persatuan sekerja tempat kami bekerja dan beliau telah banyak menyumbang bakti demi persatuan dan kejayaan meningkatkan taraf kerjaya kami, sayu juga menghadapi detik-detik seperti ini...

beliau tiba bersama isteri

Beliau tiba diiringi isteri tepat pukul 1.00 tengahari, setelah mengambil tempat, Pengerusi Persatuan menyampaikan sepatah  dua kata alu-aluan kepada beliau dan seterusnya menjemput beliau utk menyampai sedikit nasihat dan harapan kepada yang hadir, beliau mengucapkan berbanyak-banyak  terima kasih atas usaha  persatuan mengadakan majlis meraikannya.

beliau sdg berucap



mereka yang turut hadir meraikan beliau


Selesai berucap acara menjamu selera pun dimulakan, sedap juga makanan yang di hidangkan....
beberapa jenis lauk antaranya ayam kukus, ikan kerapu masak kari, kerabu sotong.wantan, terung goreng ikan masin dan sambal udang goreng petai..... pencuci mulutnya sagu mata ikan...OK laa ..layannnnn habis...

makanan yang dihidangkan

selesai makan tengahari kami pun bergambar kenangan bersama beliau di lobi restoran. semuga terus maju dalam mengharungi usia persaraan....

Jumpa lagi dilain catatan...

2 ulasan:

  1. Jeles... jeles tak dapat pergi.. huhu

    BalasPadam
  2. Ala pi pun bukan nya free mie kena baya 30 hinggit U.....

    BalasPadam