Selasa, 26 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah 6.



Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

Masjid Nabawi dari halaman hotel Aous Palace

Setelah semua urusan check-in selesai, kami naik ke mezanine lavel untuk makan tengahari, dilevel ini terletaknya cafe dan dewan makan bagi hotel ini menyediakan buffet makan tengahari,malam dan sarapan pagi.
selepas selesai makan tengahari , kami semua berkumpul semula di lobi hotel bagi urusan mengambil kunci bilik dan mengenali teman sebilik selama disana. Aku menetap di bilik 105 yang terletak level 1 hotel dan bilik berdekatan dgn lif dan tingkapnya menghadap ke Masjid Nabawi. Aku menetap bersama 3 orang jemaah yang lain, semua senior dari aku, salah seorang darinya telah pun pernah menunaikan haji dan umrah...ini merupakan umrah beliau yang kedua..... aku dan 2 yang lain merupakan kali pertama kesini.

ZIARAH DALAM

Setelah selesai urusana bilik , aku pun ambil kesempatan mandi dan selepas itu terus ke Masjid Nabawi untuk tunaikan solat Zuhor...., setelah selesai solat Zuhor aku balik semula ke hotel untuk berehat dan pukul 3.00 ptg  kami semua berkumpul di dewan makan hotel tersebut untuk mendengar taklimat dan aktiviti pada hari pertama berada disini.

Ustaz Halim sedang memberi penerangan dan aktiviti pada hari ini

Lebih kurang pukul 3.25 ptg taklimat selesai kami pun mula bergerak ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat asar yang akan masuk waktunya pukul 3.33 petang, dan kami semua mengambil kesempatan bergambar bersama Ustaz Halim berlatar belakang Masjid Nabawi.

bergambar ramai di hadapan Hotel berlatarbelakang Masjid Nabawi

Pukul 3.33 petang kedengaraan azan dari Masjid Nabawi, indah sungguh ku dengar panggilan itu dan pertama kali secara live dari Masjid Nabawi... aman, puas dan tenang sungguh mendengarnya... kami semua terus bergegas ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat asar berjemaah,




pukul 4.15 petang kami berkumpul semula di luar Masjid berdekatan tanah perkuburan Baqi` untuk lawatan disekitar Masjid Nabawi..., ianya lebih dikenali sebagai ziarah dalam Madinah.


Setelah semua jemaah bekumpul dilokasi yang telah ditetapkan, kami bergambar ramai sebagai kenangan berlatarbelakang Masjid Nabawi dari arah timur.


bergambar ramai berhampiran perkuburan Baqi`

Kemudian Ustaz membawa kami ke bahagian hadapan Masjid Nabawi, menurut beliau makam Rasulullah S.A.W terletak dibawah kubah hijau Masjid tersebut dan mimbar Rasulullah terletak di bawah kubah putih dan menurut beliau bahawa "raudah" terletak diantara makam Rasulullah S.A.W ke mimbar Rasulullah S.A.W....

....makam Rasulullah s.a.w di bawah kubah hijau...

bergambar ramai di hadapan Masjid Nabawi.

Selepas bergambar di hadapan Masjid Nabawi, kami semua di bawa Ustaz menghampiri dinding berdekatan Kubah Hijau untuk membaca doa khas buat Rasulullah s.a.w, Syaidina Abu Bakar r.a dan Syaidina Omar r.a yg di pimpin sendiri oleh Ustaz Halim...

Jam menunjukkan pukul 6.50 petang, menandakan bahawa waktu magrib akan masuk sebentar lagi, disini waktu Magrib ialah pukul 7.03 minit malam, maka kami pun bersurai sebentar untuk menunaikan solat magrib dan bagi jemaah lelaki selepas solat magrib Ustaz Halim akan membawa kami menziarahi makam Rasulullah s.a.w melalui babul salam iaitu pintu no.1

suasana selepas magrib di sayap kanan Masjid Nabawi


babul salam gate no.1 Masjid Nabawi

babul salam Masjid Nabawi

Selepas solat Magrib, kami semua ( jemaah lelaki ) berkumpul di hadapan pintu 1 ( babul salam ) Masjid Nabawi untuk memlaksanakan ziarah Rasulullah s.a.w, Syadina Abu Bakar r.a, Syadina Omar r.a, dimana kami semua masuk melalui babul salam terus ke dalam Masjid Nabawi melalui hadapan "raudah" dan terus ke Makam Rasulullah s.a.w .... memberi salam kepada Beliau..."Assalamualaikum ya Rasulullah......." aku merasa amat sayu dan hiba dan tanpa ku sedari airmata melelh di pipi.... ku bisik pada Beliau " kita bertemu juga disini ya Rasulullah s.a.w... tidak ku duga aku dapat bertemu...." bagitu juga seterusnya salam buat Syaidina Abu Bakar r.a dan seterusnya buat Syaidina Omar Alkhatab r.a.... tiada gambar yg dapat dirakam disini kerana camera dilarang utk dibawa masuk kesini.... aku pasrah.., tapi aku puas kerana akhirnya dapat juga aku bertemu kekasih Allah dan sahabat Beliau... setelah selesai ziarah kami semua masuk ke " raudah " dan mendoakan ketiga-tiganya dengan hati yg teramat sebak....

pintu emas Makan Rasulullah s.a.w  disebelahnya
makan Sydina Abu Bakar r.a dan makam Sydina Omar r.a
( gambar dari ehsan carian Google )


Lebih kurang pukul 8.34 malam masuk waktu solat Isyak dan kedengaran berkumandang azan yg sgt merdu dan indah dari muazim dan kami pun segera mengambil tempat didalam Masjid Nabawi untuk bersiap sedia melaksanakan Solat Isyak berjemaah dalam masa yang terdekat.
Maka tamatlah "ziarah dalam" Madinah untuk hari ini dan esok pukul 6.30 pagi kami ke luar Kota Madinah untuk Ziarah Luar pula....

Sekian buat catatan kali ini , semuga berjumpa lagi pada catatan berikutnya..... InsyaAllah.
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W.

Wabillahitaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...

2 ulasan:

  1. Sampai juga ke Madinah akhirnya.. Dulu aku tak sempat pun nak gambar beramai-ramai.. Eh, ramai jugak budak-budak dalam rombongan tu. ye..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah mie..sampai juga ..memang ramai budak-budak kebanyaknnya anak-anak cikgu diaorg yg ramai dalam rombongan kami tu....
    Tak per nanti ada rezeki pergi lagi boleh bergambar sakan...Insyaallah

    BalasPadam