Jumaat, 15 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah 4




Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Muhamad S.A.W


Seperti biasa sebelum pesawat berlepas alu-aluan dari jurucakap BIMAN Airlines yang disertai doa menaiki pesawat dan mohon keselamatan sepanjang perjalanan......sungguh saya kagum dgn kesungguhan Syarikat Penerbangan ini mengamalkan amalan yang perlu diamalkan oleh setiap umat Islam khasnya,.... memanjatkan syukor dan berusaha seterusnya  meletakkan pengantungan sepenuhnya kepada kekuasaan Allah.


BIMAN DC-!0- 30  jenis yang sama yg digunakan ke Jeddah
( gambar dari carian Google )  


Pesawat berlepas tepat pukul 1.00 pagi waktu Dakka yang akan mengharungi penerbangan lebihkurang 6 jam menuju Lapangan terbang Antabangsa Jeddah yang uga dikenali sebagai King Abdul Aziz International Airport.

Sepanjang penerbangan kami telah dihidangan jus mangga selepas sejam pesawat belepas.... kira-kira 3 jam usia penerbangan kami dihidangkan makan malam...kira-kira macam makan sahur juga lah... sama seperti penerbangan sebelum ini dari KLIA ke Dakka..... Alhamdulillah saya makan dengan berselera penumpang yg lain tak tau lah.... dan 90 minit sebelum pesawat mendarat kami dihidangkan dengan minuman panas dan sandwich.... Alhamdulillah ... semuanya licin..hehehehe.

lebih kurang 1 jam sebelum kapalterbang mendarat, kapten pesawat mengumumkan bahawa pesawat akan melalui miqat Qanul Manazil bagi mereka yg akan terus menunaikan umrah ke Mekah  boleh bersiap sedia dan mengemaskan ihram masing-masing serta berniat umrah...

kedudukan miqat Qarnul Manazil
( ehsan dari carian google)

Bagi kami yang akan ke Madinah utk ziarah dahulu maka tak perlulah untuk berniat di Miqat Qanul manazil.... bagi mereka yang akan terus menunaikan umrah di Mekkah adalah wajib bagi nya berniat di miqat tersebut,.. jika barang siapa yang tidak berniat di Miqat maka mereka akan dikenakan denda yang di sebut juga sebagai DAM dengan kadar yang tertentu yang telah ditetapkan....

Kelihatan di bawah cahaya tereang benderang menandakan bahawa kami telah mula menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, tak berapa lama kemudian juruterbang pesawat memberitau bahawa pendarat akan dibuat dalam masa terdekat.

lapangan terbang King Abdul Aziz - Jeddah
(gambar ehsan dari carian google)

Pesawat selamat mendarat pukul 4.45 pagi waktu Jeddah, setelah pesawat berhenti dan penumpang dibenarkan keluar dari pesawat kami perlu menaiki bas ke terminal ketibaan yang terletak agak jauh dari pesawat yang kami naiki.


Lama juga masa yang diambil dari pesawat ke terminal utama KAIA hampir 10 minit.... sesampai saja ke terminal ketibaan kami terus beratur untuk mrngabil wuduk dan menunaikan solat fardu suboh yang di ketika itu sudah hampir masuk waktuk syuruk.... aku solat suboh pukul 5.05 pagi....mudah-mudahan Allah terima dan ampunkan dosa...Insyaallah...aameenn..

Setelah semua selesai menunaikan solat kami menunggu lebihkurang 30 minit untuk melalui pemeriksaan Imegresen Arab Saudi, proses nya agak lembab tetapi berjalan...keran mereka kebanyakkannya baru saja memulakan tugas.... tetapi semuanya dapat diselesaikan dalam masa yang agak pendek juga.

suasan di KAIA pukul 5.20 pagi - matahari dah tinggi..

Selepas urusan imigresen selesai , kami terus bergegas untuk mengambil luggages masing-masing dan melalui pemeriksaan kastam Arab Saudi, disini urusannya mudah dan pantas.




suasana sebelum beurusan dengan pemeriksaan kastam

Setelah semuanya selesai kami pun menuju ke tempat menunggu ketibaan bas yang telah siap ditempah awal oleh Syarikat Hajiumrah.com, sementara menunggu ketibaan bas sempatlah masing-masing berehat dan bergambar disekitar KAIA tersebut.



sempat berposing untuk kenangan. bersama kakak ipar dan anaknya

aku juga sempat mengambil kesempatan bergambar bersama teman sekelas semasa bersekolah dahulu yang turut sama mengikut pakej yang sama.... teman sekolah lebihkurang 30 tahun dulu..lamo tu...


kawan sekelas semasa Di Tingkatan 4


pukul 6.30 pagi bas yang ditunggu pun tiba dan kami pun terus memasukkan luggage masing-masing ke dalam perut bas dan mengambil tempat duduk masing-masing untuk satu perjalanan yg agak jauh juga 500 KM ke Madinah Al Munawarah yg pasti nya akan mengambil masa tidak kurang dari 5 ke 6 jam untuk sampai..... Insyaalah semuga kami selamat sampai kesana.




Maka bermula perjalanan ke Madinah Al Munawarah pun bermula..... tunggu ketibaan ku semuga kau terima kehadiran ku kesana ya Rasulullah S.A.W

Sekian catatan buat kali ini jumpa lagi dilain catatan perjalanan.
Selawat dan Salam buat Nabi junjungan Muhamad S.A.W

Wabilahitaufik walhidayah....
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

2 ulasan:

  1. Penerbangan yang banyak transit ni agak memenatkan tapi OK lah tu sbb jauh perjalanan luaslah pemandangan..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Mie..,

    memang pun...resiko pun tinggi...tp kelebihannya dpt laa menjenguk negara yg di transit...tp tu lah tak puas laa kena buat trip berasingan...

    next time ada rezeki nak pergi direct flight pula...

    BalasPadam