Isnin, 23 April 2012

Baitul Hilal PD - pasang telescope baru.


Pada penghujung bulan lepas dan awal minggu bulan ni kerja-kerja memasang peralatan telescope berserta peralatan berkaitan telah mula dipasang oleh seorang jurutera ( John ) dari Syarikat pembekal yang berpengkalan di Amerika Syarikat , bermula pada 24 fabruari '12 dantelah siap sepenuhnya berserta kursus pengendaliannya kepada staff berkaitan tugas dalam pengendalian telescope tersebut setelah segala tugas beliau selesai.

Telescopeyg dipasang ini merupakan antara telescope yg terbesar di Malaysia,  Ianya dimiliki oleh Majis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan serta mendapat khidmat nasihat teknikal dari Unit Astronomi salah sebuah IPTA tempatan yang mana telah sekian lama terlibat  dalam kerja-kerja membentuk kalendar Hijrah dan waktu solat dan lain-lain hal berkaitan.

Kini kerja-kerja melihat anak bulan (Hilal) bagi setiap bulan dan dijalankan dengan lebih mudah lagi dan disamping itu kerja-kerja penyelidikan Astronomi dapat dijalankan dengan lebih berkesan dengan input yang lebih baik lagi.

Disini juga dibina sebuah Resort bagi kemudahan petugas dan pengunjung yang ingin melihat komplek ini sambil mengambil peluang bercuti..... resort ini adalah milik bersama MAINS dan Alson Klana yg di beri nama Klana Beach Resort Port Dickson , untuk mendapatkan info lebih jelas dan tempahan sila ke link ini http://www.tripadvisor.com.my/Hotel_Review-g303991-d2534215-Reviews-Klana_Beach_Resort_Port_Dickson-Port_Dickson_Negeri_Sembilan.html


Klana Beach Resort Port Dickson


Sekian catatan buat kali ini hingga jumpa lagi dilain en3...
saya sudahi dengan tasbih kifarah....

 


10 ulasan:

  1. Harga bilik hotel tu mahal yak amat, semua lebih seribu ringgit semalam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmmmm...rasanya tuari tak da lah sampai beribu-ribu.....nanti aku check semula dengan resort tu...

      Padam
  2. telescope ni org ramai berpeluang guna tak? cth..ada masa2 tertentu ia dibuka utk umum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan rasanya pengurusan resort dan MAINS tak benarkan cuma sekadar melawat dan naik ke menara telescope tu bolehlah...memang diberi peluang kepada penyewa-penyewa resort...

      Padam
  3. Balasan
    1. nak masuk ke komplek setakat ni tak kena bayar.... yg kena bayar penginapan di Hotel .... tapi tak tau lah kalau sekarang ni dah kena batyar pulak..

      Padam
  4. hotel tu tak mahal, hari tu booking bilik tido mengadap laut dalam RM250, kalau guna AGoda.com, 1 bilik bilik dalam less than 200, unless apartment 2 atau 3 bilik mahal.. yang sampai ribu - ribu tu tak sure bilik yang masa satu tapi memang ada pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmmmm.....saya pun tak tau bilik yg mana satu....nanti saya check semula kat hotel/resort tu....

      Padam
  5. Terima kasih share info ni.. teringin jugak nak duk situ klu ada kerja luar nanti.. InsyaAllah :)

    BalasPadam
  6. Salam Wa Khai..,

    boleh saja....OK gak kat situ view pun not bad...kalau "Pro" boleh jadi kejutan....

    BalasPadam