Ahad, 15 Februari 2015

Surabaya - Madura - Surabaya.


Lepas selesai lunch kami beredar dan bergerak ke Masjid kaum Tionghwa yang terkenal di Surabaya ini khasnya dan Indonesia amnya.

Agak tersorok juga kedudukan nya, kalau cari sendiri agak sulit juga kerana kami menggunakan perkhidmatan supir ini telah memudahkan pencarian tersebut dan menjimatkan banyak masa.

Akhirnya kami sampai diperkarangan masjid tersebut, Masjid Muhammad Cheng Hoo. kisahnya berkait rapat dengan kisah pelayaran Laksama Cheng Hoo yang juga pernah singgah di Pelabuhan Melaka sewaktu Pemerintahan Kesultan Melaka suatu waktu dulu.















Setelah berada disitu selama setengah jam maka kami pun bergerak keluar dari perkarangan Masjid Mohamad Cheng Hoo menuju ke lebih timur lagi menuju ke jln masuk utama ke Pulau Madura sebelum dapat memasuki nya perlu melalui Gerbang Tol Surabaya untuk ke Jabatan Suramadu.


 
Jambatan yang melintasi Selat Madura yang menyambungkan Surabaya dengan Pekan Bangkalan di Pulau Madura. Ianya merupakan Jambatan Stayed Cable juga merupakan jambatan yang terpanjang di Indonesia.

Telah di gunakan dan dirasmikan oleh Presiden SBY pada tahun 2009 dengan jaraknya sejauh 5.44 KM, mempunyai jalan sehala 2 lorong ke dua dua belah keluar masuk dan pemandangan yang indah boleh dilihat apabila melalui kawasan tertinggi (peak point ) jambatan Suramadu tersebut.








Sewaktu kami sampai ke pintu masuk Pulau Madura ketika itu gerimis dan supir terus membawa kami masuk sehingga berhenti disebuah toko batik , namun kami tidak berhajat untuk membeli batik tapi sebaliknya mencari cendrahati  yg bersaiz kecil dan boleh dibeli dengan harga mampu milik.

kerana kami hanya sekadar hendak melihat lihat persekitaran pulau Madura ini dan tidak bermalam disini maka kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Surabaya, memang disepanjang jalan terdapat banyak kedai cendrahati dan buah-buahan terutamanya durian dan "binjai"....



 

Sempat juga kami singgah di salah sebuah gerai buah-buahan untuk merasa durian Madura, disini durian dijual tidak ditimbang tapi dinilai dengan saiznya . Kami hanya makan sebiji durian sahaja dan sebijik lagi diberikan kepada supir kami....mungkin kerana kami "pendatang" pada istilah mereka harga bagi 2 biji durian tersebut agak mahal dan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan isi durian yang telah kita makan....namun kami bersyukor kerana dpt berkongsi rezeki bersama mereka penduduk Madura.
 
Cukup sampai disini dulu, sambung lagi dilain post...
 
Assalamualaikum....
Layannnnnnnnnnnnnn.






2 ulasan:

  1. Pendatanglah sangat!!!

    Konsep berkongsi rezeki memang banyak diamalkan di sana... akibat dari persaingan hidup yang hebat berbanding tempat kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.... Pendatang dikaca Mata mereka....namun aku insaf dan bersyukor menjadi warga negara tercinta ini....

      Padam