Khamis, 18 Oktober 2012

Di lambung Gelombang Laut Andaman... episod 2

 
 
Setelah berbincang dengan "boat skipper" dan berjanji dengan pilot "tuk-tuk" untuk datang mengambil semula kami di jeti lebihkurang pukul 6.00 ptg waktu tempatan... kami pun menaiki bot dan bersiap sedia untuk meredah ombak sebentar saja lagi...
 
tapi itulah entah apa yang tak kenanya dengan kemudi bot tersebut ..... masih lagi sedang dibaiki oleh tekong bot tersebut....5 minit kemudian bot pun mula meredah kuala sungai mengarah ke laut... sedangkan bot lain kelihatan bergeral masuk ke kuala mengarah ke jeti...itu menunjukkan bot semuanya sedang balik dari pulau dan kami baru saja hendak keluar ke laut lepas... petang pun sudah agak lewat juga..tapi masih boleh untuk menjelajah pulau-pulau di perairan Aonang tersebut...
 
 
 
 
....apabila bot melepasi kuala dan masuk kelaut ... mula terasa pukul ombak semakin kuat dan bertali arus...mulanya agak perlahan dan sederhana tapi semakin ke tengah semakin kuat dan liukan bot semakin kuat...rasa macam nak pecah jer...
 
Alhamdulillah kerana tekong tu kira yang berpengalaman juga orangnya , beliau aku lihat bertungkus lumus mengawal pergerakan bot supaya tidak melawan arus ombak yang kuat....dan ada kala hingga air laut menyimbah masuk ke dalam boat .. cepat-cepat aku simpan kamera ke dalam beg untuk mengelakkannya basah....
 
dalam keadaan ombak yang bertali arus itu tiba-tiba enjin bot mati dan olengan bot menjadi amat kuat seperti hendak karam....kecut perut aku rasa macam nak suruh tekong tu batalkan dan patah balik ke jeti... rupanya tekong tu sedang membaiki kemudi bot tersebut dan sebentar kemudian enjin di hidupkan dan bot bergerak semula melayan ombak yang datang silih berganti...
 
pulau yang nampak dekat tak kunjung-kunjung sampai... rasanya dan hampir 30 minit di lambung gelombang laut...rasa tak sabar nak mendarat segera ke pantai pulau-pulau tersebut..
rasa hati bercampur baur dengan rasa cemas dan takut.... tapi diwaktu yang sama rasa seronok pun ada juga apabila air laut memercik masuk kedalam bot dan rasa bot turun naik melayan ombak yang mendatang.
 
 
Akhirnya bot mula merapati laut persisiran pulau dan ombak yang tadinya kuat , kini mulai tenang dan beralun-alun lemah kerana telah dihadangi pulau.... kami melepasi sebuah pulau yang besar dan terdapat disini beberapa buah bot sedang berlabuh di pantai ..tapi kami hanya melaluinya saja dan kami meminta tekong bot untuk berlabuh di pulau seterusnya yang bersebelahan dan kami pun mendarat dan menjejakan kaki di pantainya yang putih,bersih dan pasir yang halus.....dengan air lautnya yang jernih.... subhanallah...cantiknya...dan indahnya...
 
kami pun mula menjejelajah sekitar pulau tersebut dan ianya bersambung dengan sebuah lagi pulau disebelah dan disitu kami lihat pertembungan dua ombak...sayang sekali tak terfikir untuk merakamkannya...
 
Pulau yang kami mendarat itu bernama Pulau Tup... apa lagi mandi dilautnya yang bersih dan dingin dan berposing sana sini.... hehehehe.... hilang semua rasa bimbang dan ketakutan di lambung ombak laut lebih setengah jam yang lalu...
 

 
...sejam lama kami dipulau tersebut kami pun mengambil keputusan untuk pulang saja ke jeti dan membatalkan niat untuk mejelajah pulau-pulau yang lain kerana hari pun dah lewat dan sekejap lagi akan malam ... pastinya perjalanan pulang akan lebih mencabar lagi jika balik pada waktu malam..
 
diwaktu perjalan balik semula ke Jeti ombak lebik kuat dari waktu kami datang tadi kerana di kala itu waktu air laut pasang...dan "boat skipper " menggunakan seluruh kederat dan ilmu serta pengalaman untuk memastikan kami sampai ke jeti dengan selamat...
 
setelah selama hampir 45 minit berhempas pulas melayan lambungan ombak laut andaman akhirnya kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah selamat sampai ke jeti dan menunggu "tuk-tuk" yg telah dijanjikan...
 
 namun bagitu tak juga kunjung sampai sehingga hampir setengah  jam kami di jeti bot  tersebut... kerana tiada pilihan lain kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki balik ke Hotel penginapan kami....
 
kerana atas rasa prihatin dan kasihan tekong bot yg kami naiki tadi memanggil "tuk-tuk" kawannya untuk membawa kami ke hotel tambahan pula hari dah pun malam dan suasana di tempat kami menunggu "tuk-tuk" tu pun sudah pun gelap... maka naiklah kami 6 orang dalam tuk-tuk tersebut..berhimpit-himpit bayangkan lah ianya hanya sesuai untuk dinaiki 3 ke 4 orang penumpang sahaja dah tu pula dipandu dengan sgt laju...risau juga kalau terjadi apa-apa.... kalau tereksiden mau patah riuk kurangnya, kalau tak pun kena tidor  kat hospital malam tu.....nauzubillahi...
 
 
Tuk-tuk roda tiga (ehsan google)
 
 
sampai saja di hotel terus kami mandi dan solat ...selepas itu kami bercadang untuk keluar makan dan berjalan-jalan disekitar Aonang waktu malam pula....
 
sekian catatan untuk kali ini, jumpa lagi dilain masa....
 
Selawat dan Salam buat Rasulullah s.a.w
 
Layannnnnnnnnnnn.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan