Jumaat, 29 April 2011

4 Hari 3 Malam Sabah - Snorkeling kat Pulau Manukan.



Awal pagi kami dah bersiap selepas solat suboh terus saja memandu ke KK dan terus ke Pelabuhan Kota Kinabalu yang terletak di sebelah paling timur KK ianya juga dikenali sebagai Jasselton Point. Kami sampai awal ke situ kebetulan belum sarapan lagi....jadi bersarapn dulu lah kat cafe yg terdapat dlm Port tu..


Setelah membeli tiket dan membayar port tax kami pun bersiap sedia menaiki bot yang telah ditempah dan dalam waktu yang sama kami menyewa safety suit dan snorkeling google untuk digunakan di Pulau Manukan nanti. bot yang kami naiki berkongsi dengan 2 org pelancong dari Sinagapura dan 2 org pelancong Eropah




Pelayaran ke Pulau Manukan mengambil masa lebih kurang 20 minit, memang mengasyikan kerana air laut disini sangat bersih dan jernih , sepanjang perjalanan ke Pulau Manukan kami dapat melihat kejernihan lautnya.

Disini terdapat beberapa pulau lagi selain Pulau Manukan, antaranya Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Pulau terbesar antara pulau-pulau ini ialah Pulau Gaya. Kawasan marin ini dilarang menangkap ikan walau dengan apa cara sekali pun kerana ianya telah di jadikan rezab Taman Laut Negara Tunku Abdul Rahman.



Kami hanya memilih pakages ke Pulau Manukan saja, sesampai kesana kami telah berjanji dengan skipper bot untuk mengambil kami semula pada tengaharinya.

Untuk masuk ke Pulau ini kami dikenakan lagi bayaran sebanyak RM 3 seorang dan kami membeli beberapa botol roti yang telah direndam air berharga RM 2 sebotol untuk digunakan semasa beramah mesra dengan ikan semasa snorkeling nanti.





Setelah bertukar pakaian kami pun mulakan aktiviti snorkeling di kawasan yg ditandakan dengan bola hijau...dengan berbekalkan roti tadi kami mula mengumpan untuk ikan-ikan berhampiran dtg memakan roti tersebut dan yang seronoknya ikan-ikan tersebut jinak dan berani makan ditangan. 







kerana tidak mempunyai peralatan mengambil gambar dalam air laut , tak dapat lah nak di perlihatkan suasana meriahnya dalam laut semasa kami memberikan ikan tersebut makan roti yang dibeli tadi....memang mengasyikkan...




setelah 3 jam dengan aktiviti snorkeling kami pun naik untuk mandi dan tukar pakaian dan bersiap-siap untuk balik semula ke KK...tambahan pula hari pun dah tengahari....perut pun dah lapar....di pulau ini terdapat juga kemudahan chalet dan restoran serta kemudahan asas lain...tapi almaklum lah, tempat kunjungan pelancong sudah pastinya harganya mahal....kebanyakannya pelancong Eropah dan Jepun yg menetap di chalett ini...








Bot yang dijanjikan sampai tepat pada waktunya dan kami sampai ke KK Port lebih kurang pukul 1.30 tghari.



sesampai saja ke Jasselton Point, KK port terus saja ke bazar makan di tengah-tengah KK...selepas segalanya selesai kami ke Masjid KK untuk bersolat dan balik ke Hotel di One Borneo dan merancang hendak kemana pada malam nanti.







Sekian catatan perjalanan kali ini, jumpa lagi esok hari terakhir di KK selama 4 Hari 3 malam di Sabah.

10 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Lepas ni bolehlah rombongan kak kiah pergi ke Semporna pulak, kat sana lagi mengancam..

    Review ~Pulau Mabul, Semporna~

    BalasPadam
  3. hehehe...ada jeki sok lopeh laa ke semporna pulak mie....mesti bestnya..

    BalasPadam
  4. wow cantiknya laut...bestnya kalau dapat pergi...

    BalasPadam
  5. Salam mie..,

    memang seronok...kena gi sekali ke sana.... memang best...

    BalasPadam
  6. Salam Sham...,

    Memang best...asspecialy bila ikan besar-besar pinggan makan ditangan...seram ada gak..hehehehe

    BalasPadam
  7. wah best nye snorkeling....
    tak sabar rasanye sebab saya bulan 7 ni akan ke Pulau Redang...leh snorkeling gak...hehe

    salam kenal dari Papa Mifz yer....

    BalasPadam
  8. Salam kenal Mifz...,

    Tq followed my blog and give comment.....

    i followed you later.....

    selamat bersnorkeling ke redang...

    BalasPadam
  9. salam, camne nak tempah bot nak ke pulau manukan. kene booking before pegi ke?

    BalasPadam