Selasa, 1 November 2011

Kuala Lumpur - Seremban - Kota Tinggi




Minggu lepas kami telah merancang untuk menghadiri  jemputan perkahwinan teman se jabatan yang berlangsung di Kota Tinggi Johor.... pada mula berkira-kira juga hendak kesana kerana lokasinya yang jauh dari Seremban dan kalau bercadang untuk balik hari agak meletihkan.

Setelah kata sepakat diambil kami bersetuju untuk menghadiri jemputan tersebut dan dalam waktu yang sama mengambil peluang bercuti ke Mersing atau Johor Baharu..... terfikir juga kalau ke Johor Baharu boleh terus ke Singapura.... aku memang tak pernah lagi sampai ke Kota Tinggi, Mersing maupun ke Singapura...

Apabila hati lebih cenderung untuk ke Singapura maka kami mengambil keputusan utk bermalam di Johore Bahru dan membatalkan keputusan untuk Mersing.... yg tu pada tugasan yang lain lah...hehehe.

Dua sahabat aku bergerak dari Kuala Lumpur dan aku menunggu di Seremban untuk " pooling" kereta dgn diaorg... pasal excited sgt lepas subuh terus bersiap dan tunggu sahabat aku tu sampai ke Seremban....mmmm memang suatu penantian itu bagaikan satu bebanan....




Akhirnya pukul 8.30 pagi mereka pun sampai ke Seremban..., Alhamdulillah diaorang dah sampai... singgah sekejap bersarapan pagi dirumah aku dan tepat pukul 9.00 pagi kami segera  berangkat menyambung perjalanan ke Kota Tinggi mengikut  Lebuhraya PLUS ke Selatan....

Bandar Kota Tinggi
( ehsan dr carian google )


Jauh juga perjalanannya , keluar ke susur Kota Tinggi ketika itu lebih kurang pukul 12.30 tengahari dan tiba ke Bandar Kota Tinggi lebih kurang 30 minit kemudian.

Setelah melalui perjalanan yang panjang melalui beberapa gugusan kawasan Felda akhirnya kami sampai juga ke Felda Lok Heng Selatan lebihkurang pukul 2.00 petang... dan memang waktu yang sesuai sgt utk mengisi perut yg kelaparan telah hampir 5 jam di"lambung" sepanjang perjalanan..hehehe.




pintu gerbang penempatan penduduk felda lok heng selatan
( gambar ehsan dari carian google ).

Selesai makan perarakan pengantin pun bermula...naik kereta kuda lagi tu...tapi takut gak kuda tu seronok sangat kalau-kalau dia meloncat....pengantin kemana, kuda kemana, pengapit kemana...hehehe.

selesai berjumpa pasangan pengatin dan bergambar serta menukil sedikit ucapan selamat kepada pasangan kami pun minta diri untuk menyambung perjalanan ke JB untuk melengkapkan tugasan kali ini...sebelum itu kami singgah bersolat di Masjid Felda Lok Heng Selatan sebelum berangkat ke JB.

..... bersambung.

Sekian perkongsian pengalaman buat kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan

Disudahi dengan ucapan,
Wabillahitaufik walhidayah...



6 ulasan:

  1. jauh perjalanan..tp mmg penantian satu penyeksaan

    BalasPadam
  2. Salam abah..,

    lenguh gak lah walaupun tak memandu... hehehe mmg penantian satu penyeksaan...

    BalasPadam
  3. Salam Ujie..,

    ada gambar kereta kuda tu tapi dlm camera kawan ada nanti saya masukkan dlm en3 berikutnya...

    BalasPadam
  4. Salam Man,

    Banyaknya simpang, kalau takde kwn yg cekap baca peta jalan mungkin kita sampai lebih lewat. Tapi syukur semuanya selamat...

    BalasPadam
  5. salam mie...,

    training untuk tugasan antarabangsa next time insyaallah.....hehehehehe

    BalasPadam