Khamis, 3 November 2011

Walimatul urus Kota Tinggi.



Kami sampai ke Kota Tinggi tu dah lebih tengahari dah pukul 2.00 petang pun tapi Majlis Persandingan pasangan raja sahari masih belum berlangsung , kami pun bertemu bapa pengantin perempuan dan mengenalkan diri .... selepas itu kami di pelawa untuk menjamu selera dahulu sementara menunggu ketibaan perarakan pasangan raja sahari bersama keluarga pengantin lelaki...
kami dimaklumkan bahawa pengantin lelakinya berasal dari Negeri Sembilan... so sama lah kami dari Seremban tadi mungkin mereka lebih awal bertolak bukannya rosakkan  memulakan perjalanan dari seremban .... hehehe.




tak lama selepas kami selesai makan, perarakan pasangan raja sehari pun bermula.... dengan menaiki kereta kuda dan apabila menghampiri kawasan rumah pengantin perempuan pasangan pengantin turun dari kereta kuda dan berarak diiringi dengan paluan kompang hingga ke pintu masuk halaman rumah pengantin perempuan....

pengantin perempuan terus naik ke rumah dan menunggu di pelamain sementara pengantin lelaki terpaksa menunggu upacara adat  dan menerima persembahan pencak silat mengalu-alukan kedatangan pengantin lelaki kesitu.




Selesai segala upacara di halaman pengantin lelaki pun bergerak untuk naik ke rumah sambil melalui beberapa halangan yang merupakan adat kebiasan disini...kena "tol" setiap senggat pintu yg dilalui sehingga akhirnya sampai juga ke pelamin yang berada di tengah rumah.

seperti saya pernah menghadiri walimatul urus di Rembau pada pertengahan tahun lepas "mercun papan" bagi memeriahkan lagi dan cara mewar-warkan ketibaan pengantin....tersenyum aku bila teringat cina yang membakar mercun semasa "chap goh mei" di PJ suatu masa dulu setinggi 7 tingkat bangunan....

selepas upacara bersanding dan upacara adat yang lain kami mengambil kesempatan bergambar bersama pengantin dan menulis ucapan selamat ke atas kad ucapan yang disediakan disitu... dan kami beransur pulang setelah pasangan pengantin turun ke khemah khas untuk upacara makan beradat... terus ke Masjid berdekatan untuk bersolat jamak dan menyambung perjalan ke Johor Bahru yang kami akan bermalam disana nanti....


Malam nanti kami bercadang melintas ke seberang sempadan untuk menjejak kaki kami buat pertama kalinya ke Kota Singa...Insyaallah... dengan di pandu oleh sahabat kami yang berkali-kali dah kesana....ngeeeeee.

Sekian perkongsian pengalaman sehingga bertemu lagi di catatan lain
disudahi dengan..
Wabillahitaufik walhidayah



.... bersambung

8 ulasan:

  1. ikut adat betul ya..
    siap pengantin lelaki kena 'tahan' utk tol lagi.

    BalasPadam
  2. salam abah...,

    gitu-gitulah adanya..mmmm

    BalasPadam
  3. salam Ujie...,

    haah saya pun tak sangka adat tu masih lagi dihidupkan disana...berpeluh juga kalau nak masuk rumah kena lalu sampai 4 ke 5pintu ...,jenuh pengapit nak bayar tol...

    *gambar kereta kuda yg besarnya tak der ujie....

    BalasPadam
  4. wow naik kete kudo...dasat...betul2 rajo sehari nih...

    BalasPadam
  5. salam papa..,

    yo la wageh..., naik keto kudo tu...walaupun tak macam anak lady D kawin, tp grand gak laa..

    BalasPadam
  6. Tak sangka ramai juga yang sampai di sana walaupun agak jauh.

    BalasPadam
  7. salam mie..,

    yer laa mie...aku pun tak sangka ramai juga yg hadir... rezeki diakan...

    BalasPadam