Rabu, 29 Februari 2012

Jumaat, 24 Februari 2012

ROSAK AMALAN kerana ingin dipuji







Dalam sirah Rasulullah s.a.w menerusi kisah kematian Qazman, seorang yang menyamar sebagai Muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedang hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangssa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi s.a.w agak keberatan menyebut kematiannya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi s.a.w dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun disisi Allah s.w.t. Kenyataan ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimilikinya kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan uhud.




Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim r.a yang memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketulusannya beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul s.a.w.
Nabi pernah bersabda yang bermaksud ; " Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat".

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, ianya lantas menyertai Nabi s.a.w walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan termasuk solat.

Semuga kita semua dapat mengambil pengajaran dari kisah ini dan diberi kekuatan oleh Allah s.w.t menjadi seorang yang betul-betul ikhlas dalam menjadi kehidupan di Dunia ini dan Alam Akhirat selama-lamanya... Inyaallah....aaminnn...

saya sudahi dengan tasbih kifarah:


 * rencana dipetik dari Majalah Solusi Isu no.35.

Rabu, 22 Februari 2012

BUSYYYYYYYYYYY.......



Lama dah membisu dan tak update Blog ni...bukannya apa busy sgt sekarang ni, banyak benda nak kena buat dan kerja lain yang ditambah-tambah.... entahlah sekarang ni semuanya menggunakan KUASA yg ada utk naik tapi dengan cara MEMIJAK yg dibawah ..... asalkan boleh naik tak kira lah orang yg kat bawah ni nak MAMPUS ker apa.... betul - betul macam HARAM diaorg ni.....

Nasib baik masih ada akal yang waras dan masih percaya adanya ALLAH yang tertinggi dan terAGONG dari segala AGONG dan kehidupan selepas kematian .... kalau tak tak taulah apa yang nak jadi lepas ni.... kalau ikutkan kata NAFSU dan GODAAN IBLIS ..... mau ada yang kena nanti.....

HISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.....

tak larat nak Layannnnnnn dah.....

Ok lah cau dulu..... lain kali ada msa celoteh yg lain...

Maaf kepada semua pasal CELUPAR pulak hari ni....

Segala yang terbaik sudah tentunya dari Allah dan yg Buruk-buruknya dari aku yg daif ni....
aku sudahi dengan tasbih kifarah....



Rabu, 8 Februari 2012

Cepatnya masa berlalu...



Cepatnya masa berlalu...dah masuk minggu ke 2 bulan Fabruary tahun ni dan rabilulaawal 1433 Hijriah.....

Aku pun dah lama pula membisu tanpa en3....apa boleh buat kesempatan untuk menulis en3 amat terbatas atas kesibukan yang tak taulah apa yang disibukkan....mmmmm

tambahan pula dengan cuti umum yg bersambung - sambung setiap minggu membuatkan lebih sibuk lagi dengan aktiviti di luar jangka dan komputer riba yang di monopoli oleh anak-anak.... tak kisahlah, asalkan semuanya gembira dan bersyukur dengan apa yang ada...

dan en3 utk pengkalan balak 2 tak dapat nak di " publish " kan kerana terdapat beberapa kesilapan teknikal dan kekangan sokongan bagi en3 tersebut..... jadi terpaksa lupakan saja...tak per lain kali aku kesana lagi utk menyambung semula kisah dan coretan di sana...Insyaallah.

Ok lah sampai disini dulu utk kali ini , jumpa lagi dilain masa...
dan disudahi dengan tasbih kifarah...