Selasa, 16 Julai 2013

Mahkota Dewa

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Selamat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

Hari ni saja nak berceita dan ber Info pasal tanaman herba yang sejak kebelakangan ini mula menjadi popular di kalangan mereka penggemar atau pengamal perubatan herba tambahan pula kalau ianya dikaitkan dengan kekuatan tenaga bathin terutama di kalangan kaum lelaki...

Saya tidak bermaksud untuk berceri berkenaan itu , hanya untuk berkongsi infomasi berkenaan satu tumbuhan renek yang tumbuh subur di tepi pagar rumah abah di kampung..... ianya dikenali sebagai pokok Mahkota Dewa yang dipercayai mempunyai banyak khasiat bagi mereka yang bersesuaian ( ghasi) dengan herba ini.

Mahkota dewa adalah sejenis tumbuhan renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga lima meter. Ia mengeluarkan buah bewarna hijau ketika muda dan merah menyala apabila matang. Selain buahnya yang menarik,jaringan dahan dan daunnya menjadikan mahkota dewa juga cantik sebagai tanaman hiasan.

 
 
Antara yang dipercayai secara tradisional dapat ditangani dengan penawar semulajadi ini ialah masalah kesihatan yang ada hubungan dengan kanser, jantung, buah pinggang, darah tinggi, strok, diabetes, ketumbuhan, hepatitis, kolestrol tinggi, penyakit hati, ginjal, penyakit kulit, selsema dan insomnia. 
 
Khasiat Mahkota Dewa Buah Mahkota Dewa Mengandungi Zat-zat Aktif seperti:

ALKALOID: berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun-racun dalam badan
SAPONIN: menjadi sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mengawal gula dalam darah.
FLAVANOID: melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya pemyumbatan pada pembuluh darah, mengandungi anti imflamasi (anti radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakkan.
POLIFENOL: berfungsi sebagai anti histamin (anti alergi)

Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa
1. Kanser / Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal

Sifat dan Khasiat Mahkota Dewa
1. Kulit Buah dan Daging Buah :
mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.
2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.

* Komponen lignan baru yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6 & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.

Daun berbentuk lonjong , langsing, memanjang dan hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.



Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat,

Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih

 
Sampai disini dulu buat kali ini sehingga berjumpa lagi dilain n3,
 
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

5 ulasan:

  1. Sdr Azmnor,

    Saya ada dengar tetapi belum pernah lihat lagi herba Mahkota Dewa itu.

    Ketika di Kuala Besut baru-baru ini saya diperkenalkan dengan 'Pokok Bismillah' (nak sebut nama pun takut).

    Dikatakan pokok tersebut juga mujarab untuk tujuan perubatan. Saya ada mengambil sepotong benihuntuk ditanam di rumah. Saya tidak pasti benih tersebut boleh hidup atau tidak kerana terlupa dikeluarkan dari bonet kereta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum saudara Ujang K,

      Kebetulan ada sebatang di kampung kat rumah abah di Jelebu, baru jer ditanam dalam setengah tahun yang lalu, pokonya pun baru tinggi 5 kaki lebih kurang tapi berbuah lebat dan mak saya keringkan sama cara seperti mengeringkan asam gelugor dan abah saya yg mencuba meminum airnya...
      kalau di kg senang saja hidupnya kerana tanah yg subur dan persekitaran yg sesuai dengan habitat asal pokok Mahkota Dewa ni... saya ada bawa beberapa biji ke tempat kerja dengan tujuan untuk mengetahui apa kandungan sebenar mahkota dewa ni tapi tak lagi di berikan kepada lab yg berkenaan untuk mendpt bantuan....
      Jika betul betul berkhasiat boleh berkongsi infomasi berkenaan Mahkota Dewa ni...

      Padam
  2. Memang tak pernah tahu ada pokok ni... banyak khasiatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun tak tau dan tak pernah tengok sebelum ni mie...

      Padam
  3. salam sy zaty.sy nk tnya encik ke pasar benthan vietnam tu klo dr kl turun aiport mana ya? hanoi @ ho chi minh city.airport mana yg lebih mudah utk ke psr benthan.tq.

    BalasPadam