Rabu, 14 Julai 2010

Tanjung Piai - Tip of Mainland Asia.

Kebetulan hari tu ada seminar kat JB 3 hari so masa balik tu teringin pula nak jenguk Bandar Pontian dah lama tak kesana dekat 30 tahun..... so terus pakat ngan kawan yg sama balik se Unser gi sana dan transit satu malam ..... so aku lepas jer keluar dr kampus UTM dalam pukul 2.30  ptg terus belok ke arah pantai barat negeri Johor....


Lebih kurang 1jam 30 minit kita org sampai kat pekan Pontian... pusing-pusing cari Hotel nak menginap malam nanti... last dapat satu hotel kat tepi pantai pontian tu terus check-in, kita org ambik 2 bilik... 
lepas mandi dan solat kita turun lobi hotel bincang nak gi mana.....so kita org deside nak gi Tanjung Piai.... dengar kat sana boleh tengok matahari terbenam ...." sunset " gitu laa...
lagi satu kata sana tu laa point paling selatan benua Asia ..... jom kita tengok tul ker.. 

Maka dalam kul 4.45 ptg gitu kitaorg pun berangkat laa ke Tanjung Piai untuk membuktikan kebenaran kenyataan kat atas tu...hehehehe.
Sepanjang perjalanan ke sana banyak kelihatan "Home Stay" di kiri kanan jalan.... kerana kami hanya berhasrat utk transit semalam jer kat Pontian so tak der laa nak ber "Home Stay".... kalau tak best jugak tu....
......kul 5.20 ptg lebih kurang kami sampai ke distinasi yang ditujui..... sampai jer kat menara radar tu belok ke kanan dlm 2 km gitu sampai laa kat pintu masuk Tanjung Piai tu.. lega....dah sampai dah.. tambah aku yg tak pernah sampai cni lagi..hehehehe.


Sampai jer kat situ terus park Unser dan terus ke kaunter tiket untuk dapatkan kebenaran masuk ke kawasan Tanjung Piai tu..sempat gak posing kat depan tu...


OK gak ... rupanya cni penuh dengan hutan bakau... redup jer dan kedengaran derauan ombak dari pantai.. treknya pun diaorg buat platform dari kayu sepanjang laluan ke " Tip of Mainland Asia" tu dan ke bahagian lain dalam kawasan hutan bakau yg agak luas juga...aku lupa plak nak ambik fakta keluasan kawasan ni...

lepas tu terus bergegas ke Tip of Mainland Asia....sebab hari pun dah lewat takut terlepas pulak nak tengok matahari terbenam nanti... jauh gak nak kesitu dekat 15 minit gak berjalan baru sampai ..... nampak dah tu dia globe besar..... atas flatform konkrit dlm keluasan lebihkurang 40` x 40`....
nampak laut terbentang kat depan, pulau Singapura kat sebelah kiri dan pulau Karimon, Indonesia....dekatnya dengan Indonesia....kalau diaorg berenang dlm sejam sampai laa kat tanah besar Johor ni.....
....dari sini Pelabuhan Kargo Tanjung Pelepas pun jelas kelihatan ...... patut laa banyak sangat kapal kargo kat laut ni....busy tul macam lebuhraya utara selatan dari Ayer Keruh ke Senawang hari minggu.... mmmm..patut ler S`pore bengkek.... kapal byk dok berurusan kat ctu..
..dah sampai situ biasa laa posing buat kenangan bahawa kitaorg pernah sampai kat " Tip of Mainland Asia " nak tulis nama kat situ tak der laa board khas utk conteng nama.....kalau tak ada laa nama kitaorg kat situ....hehehehe.


kerana takut terlepas peluang nak tengok matahari terbenam, maka kami pun terus bergegas ke flatform yg terletak di bahagian barat kawasan tersebut .....agak jauh juga dr situ ...dlm 25 minit kami sampai kesana dan kebetulan matahari pun sedang bergerak pantas terbenam diufuk barat ditengah-tengah laut Selat Melaka ...... suasana senja yang dipenuhi sinar arora sungguh cantik dan mengasyikan....



...senja pun semakin larut so...tak leh tunggu lagi sebab kawasan ini akan ditutup kul 8.00 mlm gitu .... kena cepat sikit supaya tak sampai bermalam dalam hutan bakau ni....hahahaha...saja jer tu ngusik...


sebelum balik sempat gak beli sedikit cendrahati buat kenangan pernah sampai kat sini..tapi tak leh lama-lama pasal kedai tu pun dah nak tutup....mmm beli gak laa....dpt laa untuk koleksi sendiri tak sempat nak beli bebayk utk sahabat taulan....




sebelum balik tu macam biasa laa ..aku posing laa kat mana yg rasa cantik...hehehe.. lepas ni kang ingat nak gi makan ikan bakar  atau seafood .... dengar tak jauh dari Tanjung Piai ni ader port bagusnya.... cari laa kang..... kalau tak salah kat Kukup..sampai disini dulu jumpa lagi di catatan yang lain.... Terima Kasih Jumpa Lagi..... layannnnnnnnnnnnnnnn...

2 ulasan:

  1. Sebenarnya banyak tempat menarik kat negara kita ni yang ramai orang tak tau.. Eh mana gambar pokok bakau kurap tu?

    BalasPadam
  2. Memang pun....byk lagi tak dijelajah....ghairah nak gi oversea...glamour you....hahahaha...haah bakau kurap tu aku pun dah tak kenal yg mana satu....mmmmm....

    BalasPadam