Khamis, 7 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah - 2.




lalauan ke aerotrain KLIA ke Terminal Sattelite

 Kebetulan salah saorang anak kepada saudara kami bekerja sebagai penyelia penerbangan bagi Syarikat BIMAN airlines tersebut dan telah menempah tempat duduk "bussiness class" utk perjalanan kami ke Dakka ini....memanglah selesa sangat serta mendapat perhatian yang lebih dari paramugari-paramugari mereka...

Menurut Juruterbang pesawat perjalanan akan mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke lapangan terbang antarabangsa Dakka, satu yang saya tertarik dengan syarikat penerbangan ini, semasa alu-aluan kepada para penumpang jurucakap crew pesawat memberi salam dan membacakan doa perjalanan menaiki kapal terbang.....yg mana tak pernah saya dengar sebelum ini bila menaiki pesawat penerbangan syarikat lain...


pesawat yg sama membawa kami ke Dakka.
( ehsan Google imej )

Setelah penerbangan berusia 1 jam kami di hidangkan juice mangga 450 mL dan sejam berikutnya kami mula di hidangkan dengan makan malam atau sahur bagi yang berniat berpuasa kesokan hari nya...mmmmm


hidangan makan malam yang disediakan...sedap....


Hidangan tersebut terdiri dari nasi bariani ayam atau kambing bersama dessert puding....memang sedap macam ais-cream rasanya, kami juga dihidangkan dengan air bicarbonat sarsi dan ais-cream soda...Alhamdulillah licin saya makan walaupun waktu masa tu pukul 5.00 pagi waktu Malaysia dan lebih kurang pukul 3.00 pagi waktu Dakka.
Selepas selesai petugas pesawat memungut semua bekas makan tadi kami dihidangkan dengan minuman panas teh / kopi...saya minum sampai 3 cawan teh panas....prak sungguh....hehehehe.
kelihatan daratan berhampiran lapangan terbang Dakka.

45 minit kemudian Juruterbang pesawat BIMAN mengumumkan bahawa pesawat akan mendarat sebentar saja lagi, saya jenguk diluar pesawat kelihatan berbalam-balam daratan bumi Bangladesh dalam cahaya   pagi yang samar-samar tapi menyejukkan mata....kelihatan juga diufuk timur cahaya mega mentari pagi mulai menghadirkan diri...
15 minit kemudian Pesawat yang kami naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dakka yang juga dikenali sebagai Hazrat Shahjalal Airport 

pesawat yang kami naiki selamat mendarat

Kami tiba tepat pukul 7.00 pagi waktu tempatan (Dakka) dan kami memang sudah sedia maklum bahawa penerbangan kami ke Jeddah pada pukul 1.00 pagi keesokkan harinya (2hb June 2011) dan kami akan "transit" disini selama lebih kurang 18 jam, oleh sebab itu syarikat penerbangan ada menyediakan hotel untuk kami menginap sementara menunggu waktu berlepas pada kesokan harinya.




 Kami hanya perlu membayar USD 21 ( RM 63 = 1260 TAKA ) setiap individu sebagai bayaran "airport tax" untuk ke Hotel yang disediakan, sebelum itu kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan dilantik seorang ketua supaya segala urusan berjalan dengan licin dan teratur. saya, isteri , kakak ipar dan anak saudara terpilih memngikuti kumpulan B dan ditempatkan di Hotel Regency Garden Ltd.Kami ke hotel dengan kenderaan yang disediakan oleh Syarikat Penerbangan....


kenderaan yang disediakan ke Hotel


pemandangan sepanjang perjalanan ke Hotel

Hotel yg kami akan menginap nanti itu terletak di pinggir Bandar Dakka lebih kurang 45 minit perjalanan dari Airport...banyak juga bangunan baru dan tinggi kat Dakka ni tapi kenderaan awamnya terutama bas memang uzur sgt,...dan jalan rayanya boleh tahan juga sibuknya kebetulan masa kami lalu tu penduduk tempatan sedang ke tempat kerja masing-masing.



dalam perjalanan ke hotel ada beberapa Universiti kelihatan - antaranya.

setelah mengharung kesesakan sepanjang 45 minit akhirnya kami sampai ke Hotel dimana kami ditempatkan menginap sementara menanti waktu penerbangan pada pukul 1.00 pagi 2hb Jun 2011. Hotel Regency Garden Ltd.
berposing didepan hotel penginapan.

Setibanya kami disana kami disambut oleh pengurus hotel dan kakitangan nya yang terdiri dari lelaki sahaja. Setelah diberikan kunci bilik, kami pun mengambil peluang untuk mandi dan menunaikan solat suboh yang telah luput waktu ..... masa di kala itu menunjukkan pukul 8.00 pagi waktu Uttara Dakka... selepas selesai solat saya terus tidor sebentar untuk merehatkan badan sementara menunggu waktu 9.15 pagi dimana pihak hotel menyediakan sarapan pagi untuk kami...



saya dan isteri menginap di bilik no . 202

Sekian catatan buat kali ini ...sehingga berjumpa lagi di catatan berikutnya.
Insyaallah.....
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W
Wabilahi taufik walhidayah...
Wassalamualaikum warahmatullahi wabrokatuh....

6 ulasan:

  1. Dapat jugak gi Bangladesh.. AA pun dah stop operasi ke sana..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum mie..,

    Alhamdulillah...dpt juga melihat negeri orang kan, banyak yg dapat diambil aktibar dari keadaan dan suasana negara mereka.... membuatkan kita insaf dan bersyukor mempunyai negara yg aman dan mewah....semuga Allah berkati kita.....

    AA tak der naik jer MAS ..tp mahal lah ckit.....mmmmmm, kalau nak try BIMAN pun boleh jugak.......

    BalasPadam
  3. alhamdulillah .. jauh bjalan luas pandangan tewwww

    BalasPadam
  4. Asssalamualaikum en_me,

    bagitewwww lah.....hehehehe

    BalasPadam
  5. huyo..best ke kat sane? btw dah booking pegi india n jakarta next year...beijing nak book this nov :D

    BalasPadam
  6. kemang....tak berkesempatan nak tengok lebih banyak tempat...tak tau lah apa yg menarik kat sana...tapi ianya membuat kita lebih bersyukor menjadi rakyat malaysia

    BalasPadam