Jumaat, 20 Februari 2015

Surabaya ~ Sunan Ampel.



Sekembalinya dari Madura, supir kami mas Nyoman terus membawa kami menziarahi makam Sunan Ampel yang terletak bersebelahan Masjid Agung Sunan Ampel, sangat ramai pengunjung kawasan ini.

Kami sampai ke kawasan ini lebih kurang pukul 4:10 waktu JATIM dan kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat Jamak Qasar disini.

Masjid nya dari luar nampak agak lama binaan nya tapi di dalam nya sangat bersih dan indah, batu mar-mar besar yang menjadi lantainya besih dan berkilat dan suasana didalamnya sangat nyaman sekali 

Jalan masuk ke Masjid Agung Sunan Ampel ini dipenuhi kedai-kedai menjual berbagai keperluan beribadat dan makanan.... Kawasan ini dikenali juga kawasan pelancungan Agama atau dlm bahasa Indonesianya dikenali sebagai Wisata Religi.
 


Selepas solat kami berhasrat untuk menziarahi makam Sunan Ampel yang teletak disisi hadapan Masjid Agung Sunan Ampel ini...tapi tidak kesampaian kerana kawasan itu telah ditutup sementara kerana menghormati waktu Magrib yang akan masuk bila-bila masa saja lagi. 

sebentar kemudian kedengaran azan magrib menandakan telah masuk waktu magrib di Surabaya, kami pun bergegas keluar dan bersiap untuk menuju ke hotel yang telah dijanjikan oleh Mas Nizam orang tengah yang menguruskan berkenaan penginapan kami.


 
 
Dalam menyusuri lorong yang dipenuhi oleh berbagai jenis barangan, sempat seorang daripada rakan bersama dalam ekspidisi kali ini memberi kupiah...boleh tahan buatannya dan berbalaoi dgn harganya. kami bergerak meninggalkan kawasan tersebut menuju ke Hotel Penginapan yang di cadangkan  pada awalnya iaitu Hotel Quest...
Tapi apabila kami sampai ke perkarangan hotel namanya berlainan dan persekitaran dan lobinya menampakan hotel yg mahal....mmmm
 
 

 
 
Setelah menghubungi mas Nizam yang menguruskan tempahan Hotel sepanjang pengembaran kami ini, akhirnya beliau menyatakan bahawa  Hotel Quest yang dicadangkan nya penuh dan kami terpaksa menginap di Hotel Santika premier di tengah Kota Surabaya ini.
 
setelah segala urusan penginapan selesai kami pun menyimpan beg di bilik dan bergegas keluar untuk mencari kedai makan untuk dinner kami hari tu..

 
 
Kebetulan ketika itu hujan turun sangat lebat ini menyukarkan lagi untuk mencari kedai makan atau warong berdekatan hotel dan hotel tersebut terletak di kawasan yang hanya mempunyai restoran yang mahal...
 
Dalam rasa agak sedikit kecewa kami pun mengambil keputusan balik ke hotel dan cuba untuk mendapatkan sedikit makanan berupa roti atau biskut dan air untuk makan malam itu.
 
sedang menyusur jalan sibuk di kawasan hotel tersebut kami terlihat ada sebuah kedai makan yang menjual mee/nasi dalam beberapa cara masakan. kami pun terus makan disitu dengan hidangan pilihan kami malam itu ialah Mee Kluntung dan Teh Wangi...
 
 
Sampai disini dulu untuk kali ini jumpa lagi dilain entry.
 
Wassallam.....Layannnnnnnn.

 



2 ulasan:

  1. Pelancongan religi agak popular di Indonesia... sebab tu masjid ternama di sana sentiasa ramai orang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. patut lah ramai sangat pengunjungnya Masjid Sunan Ampel ni....dan tolerasi mereka kepada pancasila tu memang menyerlah disini...

      Padam