Khamis, 14 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah 3




Selawat dan Salam Buat Nabi Junjungan Muhamad S.A.W

bilik hotel tempat menginap sewaktu transit

Lepas mandi terus solat subuh Qada` dah siang sampai Dakka tadi, ingat nak lelap sekejap tapi tak mau lelap....rupa-rupanya perut keroncong lapar....hehehehe...ingat nak makan jer...
......turun kelobi hotel jumpa pengurus hotel tanya ada cafe kat mana, dia cakap tak per sekejap lagi diaorg sediakan "breakfast" jadi aku duduk jer kat sofa lobi tu....5 minit kemudian aku jumpa semula pengurus hotel tu tanya mana ada pengurup wang.....niat nak tukar duit sikit barang sepuluh dua dengan duit Bangladesh buat beli apa-apa teringin nak beli kat situ.....paling-paling pun air minuman ker, air bikarbonat ker, roti ker ...apa-apa lah....
saya tukar RM 20 bersamaan 400 TAKA duit Bangladesh.... dah tukar duit terus ke kedai berdekatan hotel untuk membeli air minuman dan sedikit makanan ringan.... pukul 9.30 pg sarapan telah disediakan dan aku pun terus sarapan pagi , menu nya ialah beberapa keping roti, telur rebus , jem dan sebiji pisang montel.... Alhamdulillah sedap juga ..lapar pun yer juga... lepas sarapan naik bilik nak rehat sekejap sementara menanti waktu zuhor....


pukul 12.15 tghari kedengaran azar dari masjid berdekatan , aku pun terus bangun ,.... mandi , lepas tu menunaikan solat jamak qasar zuhor dan asar.... lepas solat terus turun ke dewan makan hotel untuk makan tengahari...hidangannya sederhana tapi memang sedap ...kalau tengok rupanya macam tak selera jer.... sayang aku tak ambik gambarnya....

petang lebih kurang pukul 3.00 ptg, aku ambik peluang ke kawasan berdekatan hotel untuk melihat persekitaran dan suasana di sana.... dari pandangan aku di sini perbezaan taraf hidup masyarakatnya amat jauh berbeza antara yang kaya dengan yang miskin.... tapi mereka nampak gembira dengan cara hidup mereka bagitu.











antara gambar yang dapat diambil disekitar kawasan berdekatan hotel

Lepas solat jamak magrib dan isyak ... kami semua telah disediakan makan malam lebih kurang pukul 8.00 malam dan dalam pukul 10.00 malam bas telah datang menjemput kami untuk ke Airpot bagi menyambung perjalanan kami ke Jeddah.....

setelah segala urusan "check-in" selesai kami telah dibenarkan menaiki pesawat pukul 11.45 pagi dan pesawat kami berlepas ke Jeddah tepat pukul 1.00 pagi waktu Dakka... menurut jurucakap Syarikat penerbangan kami akan tiba di Jeddah lebih kurang pukul 5.00 pagi waktu Jeddah.

pesawat DC-10-30 BIMAN Airlines yg kami naiki ke Jeddah

Sampai disini dulu catatan perjalanan ziarah & umrah, sehingga berjumpa lagi di lain catatan ... Insyaallah.

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W,
Wabillahitaufik walhidayah...
Wasallamualaikum warahmatullahi barokatuh...

   

4 ulasan:

  1. gambar rumah orang kaya kat bangladesh tu takdok ke bang.. uhuhu

    BalasPadam
  2. Bila melihat kepayahan hidup negara orang, terasa betapa beruntungnya berada di bumi Malaysia..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum en_me.

    ada rumah org kaya kat sana tu tapi tak sempat nak ambil gambarnya keran transit tak sampai sehari disana...Insyaallah next time buat trip 4 hari 3 malam kesana...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Mie..,

    memang mie membuatkan kita sadar bahawa apa yg Allah takdir utk kita disini itu lah yg terbaik bagi kita....mudah-mudahan kita senantiasa bersyukor atas semua itu...

    BalasPadam