Khamis, 28 Julai 2011

Ziarah dan Umrah Jun 2011 - Bah 7



Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Rasulullah S.A.W

ziarah luar

Selepas sarapan pagi kami naik ke bilik masing-maasing untuk bersiap-siap mengikuti Ustaz untuk membuat ziarah luar Kota Madinah Al- Munawarah...., bagi mereka yang tidak uzur Ustaz sarankan masing-masing hendaklah berwuduk kerana lokasi pertama yang akan di ziarah ialah Masjid Kuba` , menurut Ustaz Halim, dipetik dari hadis Nabi s.a.w " barang siapa yang berwuduk dari rumah dan bersolat sunat dua rakaat di Masjid Kuba` pahalanya adalah menyamai satu umrah"... ( jika tersilap dan tidak tepat , tlg betulkan...)



Setelah semuanya bersedia dan bas yang disewa telah sampai maka kami pun mula bergerak ke lokasi pertama untuk ziarah luar Madinah. Kami semua bergerak menaiki bas yang sama kami naiki dari Jeddah semalam.
Lebih kurang 15 minit kami pun sampai ke Masjid Kuba` yang terletak ditepi lebuhraya berhampiran ladang kurma dan berdekatan dengan sebuah Hospital, sudah ramai jemaah dari kumpulan lain dan dari negara-negara lain disitu... kami hanya diberi masa 20 minit untuk menunaikan solat sunat dan perlu bersegera kembali ke bas kerana banyak lagi tempat yang akan di lawati.





disini terdapat ramai peniaga menjual berbagai barangan kepada pengujung dan sepajang kawasan pakir ditanam pokok kurma sebagai pokok hiasan pembahagi jalan..sekarang ni musim berbuah dan belum tua lagi dan aku sempat merakamkan gambar salah sebatang pokok kurma yg berbuah disitu.




Setelah semua jemaah bersedia ke lokasi berikutnya bas yg kami naiki bergerak ke sebelah timur Masjid Kuba` yg mana tidak jauh dari situ terdapat ladang kurma yang luas, kami berhenti disini selama 30 minit, bagi sesiapa yang berhajat mendapatkan kurma yang segar boleh membelinya disini.... ( tp menurut mereka yang pernah mengerjakan umrah tak galakan beli disini kerana harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan harga di Pasar Kurma di Kota Madinah....)



.......tuan punya kebun kurma....hehehehe.

Selepas selesai lawatan ke ladang kurma , kami semua bergerak ke Bukit Uhud di Medan Uhud, disini kami melawat tempat dimana pernah berlaku perang uhud suatu ketika dulu dan yg terutamanya kesini adalah menziarahi makam para shuhada` yang syahid di dalam peperangan ini spt Syadina Hamzah r.a bapa saudara Nabi s.a.w dan lebih dari 80 orang yang lain.... disini kami memdoakan kesejahteraan mereka..... bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Halim.



Aku sempat bergambar diatas bukit pasukan pemanah yang mana semasa berlaku peperangan Uhud dulu disitulah pasukan pemanah seramai lebihkurang 40 orang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w  untuk memantau dan mematahkan serangan pihak tentera musyrikin dari arah belakang.... memang strategik bukit tu sebagai benteng pertahanan... disitu lah terserlahnya kebijaksaan Rasulullah s.a.w sebagai pakar strategik peperangan dan sebagai seorang panglima perang...




Selepas lawatan di bukit dan medan Uhud, kami dibawa melawat ke Masjid 2 kiblat yang terletak agak jauh juga dari bukit Uhud, kami tak sempat untuk masuk dan bersolat sunat disana kerana terdapat terlalu ramai pengunjung dan kami perlu bersegera untuk melawat lokasi yang lain.
Masjid ini mempunyai dua mihrab satu mengarah kearah kiblat pertama orang Islam iaitu Baitulmaqadis di Palastine dan satu lagi mengarah ke Baitullahil Haram di Makkah Al- Mukarramah yang mana kini menjadi kiblat bagi seluruh muslimin dan muslimat seluruhnya sehingga hari Qiamat.



Selepas dapat merakamkan beberapa gambar, kami bergegas ke satu lagi lokasi Masjid yang bersejarah di sini yang banyak berkait dengan Syadina Ali karamallahu wajhah, masjid ini saya lupa namanya dan ianya amat dihormati dan diagung-agungkan oleh penganut sihah...memang semasa kami sampai terdapat bagitu ramai jemaah dari Iran disana.


memandangkan hari ini hari jumaat maka kami semua hanya berhenti sekejap sahaja disini dan besegera untuk pulang ke Madinah supaya tidak terlepas peluang bersolat jumaat di Masjid Nabawi, Alhamdulillah kami sampai agak awal juga ke hotel Aous Palace dan sempat mandi, bersiap dan terus ke Masjid Nabawi.


Hari ini merupakan hari bertuah bagi ku kerana dapat bersolat jumaat di dalam "raudah" , Berbanyak banyak syukor ku panjatkan pada MU Ya Allah atas rahmat MU ini, semuga KAU terima semua amalan baik ku dan ampunkan lah segala dosa-dosa ku YA ALLAH, hanya kau saja yang menerima taubat dan keampunan..... ameen...

Pada sebelah petangnya selepas solat Asar kami semua jemaah lelaki dibawa menziarah Tanah Perkuburan Baqi` (Janatul baqi`) , tempat dimana hampir 10 000 para syuhada` serta kaum keluarga Rasulullah s.a.w yang sama-sama berjuang dalam menegakkan Agama Allah ini, jua tempat persemadian penduduk Madinah dari masa kesemasa.
Jemaah perempuan hanya boleh menziarah dari   luar pagar sebelah kiri Janatul Baqi` ini, kerana memang menjadi resam hidup masyarakat arab melarang kaum perempuan memasuki kawasan perkuburan, kerana dikuatiri  tidak dpt mengawal perasaan dan melakukan sesuatu yg tidak sepatutnya dan berlebih-lebihan...... waullahualam..


Sekian catatan buat kali ini, jumpa lagi di catatan lain...Insya Allah.
Selawat dan Salam Buat Nabi Muhammad S.A.W,

Wabillahitaufik walhidayah..,
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...



bersambung ziarah luar 2...

8 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum...

    mudah2an kakcik juga berkesempatan untuk menjejakan kaki ke sana nanti.

    BalasPadam
  2. subhanallah. cantiknya tempat2 yang di lawati.

    saya dulu masa buat haji tahun 1997, tak ingat pun nak bawa kamera.

    BalasPadam
  3. Alaikum salam kakcik,

    pertama-pertamanya syukran datang sini...

    Insyaallah kalau ada niat nak kesana tu lambat laun Allah permudah dan perkenankan.... saya doakan .... aaminnn...

    BalasPadam
  4. Assalmualaikum Tn Hj

    Subhanallah...masyaallah...memang cantik Tuan... tapi saya bawa kamera pun tak sempat nak ambik semua...

    Tuan dulu nak buat haji memanglah tak terfikir nak bawa kamera,
    saya di Mekah pun tak banyak ambil gambar kerana waktunya yg terhad dengan aktiviti yg padat....

    Insyaallah lepas ni kalau ada rezeki boleh pergi umrah lagi Tuan..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum mie..,

    Kalau ada fulus nya .... boleh saja tu.... nanti buat trip kesana pula...

    BalasPadam
  6. abah masih belum berkesempatan ke Tanah Suci..doakan satu hari nanti abah berpeluang pergi bersama keluarga dan bawa ibu tersayang

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum abah_k.,

    Terima kasih dtg komen dan jengah sini...

    Insyaallah abah kalau ada niat dalam hati nak kesana pasti Allah tak sia-siakan...pasti tiba masa tu...saya doakan...aaminnn..

    BalasPadam