Isnin, 15 Oktober 2012

HATT YAI to AONANG KRABI... Episod 1



Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Muhammad s.a.w..

Jumpa lagi dalam catatan perjalanan ke Krabi pula...,
Awal pagi kami dah bangun tidor , mandi bersiap-siap dan berkemas tapi solat suboh jgn sampai terlewat pula.... kat sini masuk waktu subuh awal 1 jam jika dibandingkan dengan waktu kita yg telah diselaraskan...
 
setelah semua siap maka kami pun keluar mencari sarapan pagi, sasaran kami restoran halal berdekatan milik penduduk Islam disini ..... Restoran Maliam namanya...aku memesan roti canai 2 keping dan teh panas, kawan yang lain makan nasi campur terus... kerana "abg Long" kami memberitahu bahawa perjalanan ke Krabi yang jauh nanti akan kelaparan menunggu untuk sampai ke Krabi dan makan disana.
 
 
... roti canainya boleh tahan sedap tapi masyaallah MAHAL.... satu keping RM 4 kalau duit kita, kawan yang makan nasi campur lagi murah dari aku.... apa nak kata sendiri yang nak makan roti canai.... ego pulak tu ...tak kisah konon jgn kebulur sepanjang perjalanan 5 jam nanti sudah ngeee...
 
selesai sarapan kami balik semula ke bilik untuk ambil backpack masing-masing dan check-out hotel...
 

lebih kurang pukul 8.30 pagi, kenderaan yang ditempah untuk ke Krabi pun tiba, kami yg memang telah siap sedia menunggu setelah selesai urusan "check-out" dari Tune Hotel Hatyai terus besegera menaiki Van Toyota Commuter dan meletakan backpack yg agak besar ketempat belakang van.
Tepat pukul 8.45 pg kami pun mula meninggalkan Bandar Hatt Yai dan satu perjalanan yang berjarak lebih kurang 500 KM bermula.


Kami bergerak dari Hatt Yai menyusuri Jalan 4 ke Airport selepas itu kami memasuki  lebuhraya 43 dan bergerak terus ke utara hingga ke persimpangan Khuan Ru, seterusnya kami memasuki lebuhraya 4 melalui Rattaphum, Pa Bon, Tamot, Khao Chaison dan hingga tiba di persimpangan Phatthalung kami memasuki lebuhraya 4 ke Trang.

 

Lebuh raya agak baik juga dan lebar jika dibandingkan dengan lebuhraya di negara kita, satu yang menarik perhatian saya sepanjang perjalanan dari Hatt Yai hingga ke Trang ialah sikap pemandu mereka , walaupun kelajuan kenderaan dalam pemanduan dikira melebihi limit di Lebuhraya kita tapi meraka masih boleh bertolak ansur dalam memberi laluan kepada kenderaan yang lebih laju dan mempunyai keperluan untuk mengejar masa dan kenderaan berat pulak bersedia memberi laluan kepada kenderaan ringan atau yang lebih kecil memotong di jalan sahala atau jalan dua hala dan kenderaan yang dipandu perlahan tidak berada di laluan kenderaan dipandu laju....sepanjang perjalan tersebut yang jaraknya lebihkurang 270 km dari Hatt Yai hingga ke Trang kami tidak berjumpa dengan satu kemalangan jalanraya pun.

 
Kira-kira dua setengah jam perjalanan kami pun tiba di R&R Trang untuk urusan dan keperluan peribadi masing-masing, disini terdapat kemudahan surau , tandas yg bersih dan kedai makanan halal dan mini market.
kami berhenti disini lebihkurang 30 minit dan akan bergerak semula menyambung perjalanan ke Aonang Krabi...

sekian buat kali ini sehingga jumpa lagi di lain catatan...

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w

Layannnnnnn....
 

4 ulasan:

  1. Lain kali dah tak mau dah naik van ke sana, tapi aku suka tempat persinggahan di Trang, sebab semua kemudahan untuk pelancong Muslim ada di situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali naik flight ke Krabi lepas tu balik naik van ke Hatt Yai, balik KL naik flight kat Hatt Yai... tapi rasa macam nak pergi Songkla pulak..hehehehe..

      Padam
  2. salam.

    saya memang seronok membaca catatan perjalanan ini .. walaupun apa tanggapan kita kepada orang Siam, tetapi nampaknya mereka lebih berhemah dan bertimbang rasa ketika di jalan raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Bang,

      Terima kasih kerana masih sudi dtg menjengok blog saya yg telah membeku beberapa bulan dan menjadi bonus pula kerana abg seronok membaca catatan ini...
      dari apa yang saya amati pemandu mereka lebih berhemah dan bertimbangrasa di jalanraya walaupun gaya pemanduannya yang boleh dikira laju...kalau nak bandingkan dgn perjalanan saya dari seremban ke P.Pinang sejauh lebih kurang jarak Hatt Yai Ke Krabi tu saya bertembung dengan lebih dari 5 kemalangan di sepanjang Lebuhraya PLUS tu....
      sebaiknya yang baik boleh kita jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan..

      Padam