Selasa, 22 Mac 2011

rapidKL - Tiket Kertas tukar Kad Tambah Nilai.


Hari ini hari terakhir penggunaan tiket kertas bagi perkhidmatan Bas rapidKL tempatan, antara bandar dan ekspress. Pada satu sudut memang baik kerana ianya meminimumkan penggunaan kertas dan dalam waktu yang sama dapat sama-sama menyumbang kepada pengurangan pergantungan kepada penggunaan kertas dan penebangan hutan...

Tetapi apabila difikirkan dari segi kemudahan kepada pengguna, bagi saya agak membebankan kerana bagi pembelian pertama kad tambah nilai tersebut harga minimumnya adalah RM 5 dan setiap tiket mesti mempunyai nilai minimum RM 3.... oleh itu setiap pengguna mesti mempunyai nilai debit RM 3 minimum pada satu-satu masa.

Jika dibandingkan dengan sistem lama yang mana dengan RM 1, kita sudah boleh menggunakan perkhidmatan bas tempatan tanpa perlu meletakkan nilai debit RM 3 bagi setiap penggunan perkhidmatan pada satu-satu masa.


Bagaimana pun setiap penambahbaikkan kepada sesuatu sistem perkhidmatan sudah pastinya memberi lebih banyak kemudahan dan keselesaan kepada pengguna walaupun ada beberapa kekurangan dan kesusahan kepada pengguna kerana ketidakfahaman terhadap sistem baru yang diperkenalkan.



Saya sebagai salah seorang yang menggunakan perkhidmatan rapidKL mulai esok 23 Mac 2011 akan menggunakan kad tambah nilai baru bagi mendapatkan perkhidmatan bas tempatan.

Saya berharap perubahan yang dibuat ini lebih memberi manafaat kepada semua pengguna dan tidak hanya memberi keuntungan pada sebelah pihak sahaja.

4 ulasan:

  1. Luahan hati seorang pelanggan tetap..

    BalasPadam
  2. mmm... apa nak buatkan,susah nak dpt situasi win win sekarang ni...selalunya terkena jer asspecially kalau service tu monopoli....

    BalasPadam
  3. Salam.

    Pihak rapidKL kenalah mengambil kira maklum balas dari pengguna spt azmnor ni. Jgn mereka buat ikut syok sendiri aje.

    BalasPadam
  4. Salam YB,

    sepatutnya memang bagitu lah... YB, harap-harap kan OK.

    BalasPadam