Jumaat, 12 Ogos 2011

Umrah dan Ziarah Jun 2011 - Bah. 10

Masjid Bir Ali miqat umrah jemaah dari Madinah


Pukul 3.00 petang bas yang aku naiki untuk menuju ke distinasi berikutnya mula bergerak meninggalkan perkarangan Hotel Aous Palace yang menjadi tempat penginapan aku selama 5 hari 4 malam di Kota Madinah..... sebak dada bila membaca doa perpisahan dengan Kota suci ini dan Rasulullah s.a.w  khususnya..... bisik ku " mudah-mudahan kita bertemu lagi dilain masa ya Rasulullah s.a.w ...Insyaallah..." 

kelihatan Masjid Nabawi semakin lama semakin jauh dan akhirnya hilang dari pandangan.... kira-kira pukul 3.30 petang bas yang aku naiki memasuki kawasan pakir bagi bas Masjid Bir Ali.... aku yg dari seawal di Hotel tadi telah pun memakai ihram terus turun dan ke tempat wuduk untuk berwuduk seterusnya menunaikan solat sunat ihram dan berniat umrah disini.....

Masjid Bir Ali ini merupakan perbatasan Tanah Haram Madinah Al-Munawarah dan miqat bagi mereka yang hendak mengerjakan umrah yg datang dari arah Madinah.



Bas bergerak semula tepat pukul 4.30 petang dari sini menuju ke Mekah Al Mukaramah kami kesana melalui lebuhraya utara selatan Madinah ke Mekah..... semasa meninggalkan Masjid Bir Ali hujan turun bercampur ribut pasir dari kawasan pergunungan berdekatan... apabila mula meninggalkan Masjid Bir Ali kami semua mulalah bertalbiah....





Dalam perjalanan kami singgah di sebuah R&R di lebuhraya ke Mekah untuk menunaikan Solat Magrib disitu juga untuk membeli sedikit makan untuk mengalas perut yang sudah mulai lapar...kami sampai disitu lebihkurang pukul 7.15 malam...ramai jemaah dari negara lain juga berhenti solat dan makan disitu.



 selepas solat dan makan serta minum serba sedikit, kami pun bergerak semula ke Mekkah yang dijangkakan akan tiba dalam masa 2 atau 3 jam lagi.... di sepanjang perjalanan aku terus bertalbiah sehinggalah bas menghampiri sempadan tanah haram berhampiran Tana`im..... menara jam besar berdekat Masjidil Haram pun sudah boleh dilihat dari situ.... kami membaca doa memasuki kota Mekkah Al Mukaramah.




semakin lama semakin dekat dan akhirnya kami tiba dihadapan hotel kediaman kami di Makkah Al Mukaramah Hotel Asia Palace yg terletak hanya 550 meter dari Masjidil Haram.

selepas check-in, ambil kunci dan masuk ke bilik masing-masing, kami ke dewan makan Hotel tersebut untuk makan malam kerana makanan telah dihidangkan seawal pukul 9.30 mlm sebelum kami sampai kesini.

 


selepas makan semua jemaah berkumpul di lobi hotel dan Ustaz Halim memberi pilihan kepada jemaah samada hendak menunaikan umrah pada pagi esoknya selepas subuh atau awal pagi lebihkurang pukul 1.00 pagi.... setelah berbincang dan memikirkan kesusahan menjaga pantang larang ihram semua jemaah sepakat melaksanakan umrah wajib kami pada pukul 1.00 pagi.




maka pada pukul 1.00 pagi kami pun bergerak ke Masjidil Haram dibawah pimpinan dan tunjuk-ajar Ustaz Halim kami memulakan ibadah umrah kami dimulai dengan melakukan tawaf sebanyak 7 pusingan berikutnya saie dimulai dari bukit safar ke bukit marwah sebanyak 7 kali berulang-alik dan selepas itu bertahalul di bukit marwah.... maka selesai lah ibadah umrah wajib kami...

waktu itu jam pun sudah menunjukkan pukul 3.45 pagi, aku dan isteri  mengambil keputusan untuk tidak balik ke hotel sebaliknya menunggu saja waktu subuh masuk dan bersolat subuh dahulu di Masjidil Haram sebellum balik ke hotel tumpangan kami...disini waktu suboh masuk pukul 4.11 pagi...

..dan suboh ku hari ini addalah solat ku yang pertama di sini sebak dan sayu bila melihat kiblat ku di depan mata.... memang tak dapat ditahan airmata mengalir keluar membasahi pipi bila melihat kaabah.... hati ku berbisik ..." syukor ya Allah kau terima juga jiwa/diriku yang kotor dan kerdil ini disini..., ampunkan lah segala dosaku yang silam samada yg ku sedari  maupun yang tak kusedari... dan tunjukkanlah aku jalan yg kau redhoi ya Allah..."

selesai solat suboh kami balik ke hotel, mandi dan bersarapan....kerana hari ini tiada aktiviti ziarah maka aku pun mengambil keputusan untuk tidor sekadar sejam dua untuk berehat bagi laksanakan ibadat umrah   yang berikutnya...

Sekian catatan kali ini sehingga berjumpa lagi dilain catatan...,
wabillahitaufik walhidayah....



2 ulasan:

  1. Aku rasa kerajaan Arab Saudi patut membuat penambahbaikan kpd kawasan R&R nya. Keadaannya agak tak begitu tersusun dan terurus seperti yg ada di tempat kita...

    Dulu aku pun sampai di Mekah pd waktu yg sama spt kau, awal pagi tu terus buat umrah dan tunggu hingga masuk waktu subuh...

    BalasPadam
  2. Sepatutnya.., memnag kena perbaiki segala kemudahan di R & R tu...

    kalau musim haji tak tau lah camna...

    BalasPadam