Khamis, 4 Ogos 2011

Umrah dan Ziarah Jun 2011 - Bah 9






ZIARAH LUAR  3

Hari ini hari terakhir di Madinah Al-Munawarah, seperti biasa selepas suboh   aku terus melaksanakan ziarah   Rasulullah s.a.w tetapi berlainan pagi ini aku melaksanakan ziarah wada` Rasullullah s.a.w  (walaupun ianya bukan ibadah wajib), lebih sebak lagi hati dari hari-hari lain semasa menziarahi Baginda s.a.w kerana hari ini hari terakhir aku disini....,tak sanggup rasanya untuk menghadapi saat perpisahan dengan Baginda Rasulullah s.a.w dan aku berdoa serta berharap agar aku dapat datang lagi kesini dilain kali...pasti itu lah harapan dan tawakal ku pada Allah supaya diberi peluang sekali lagi menjadi tetamu NYA dan KEKASIHNYA s.a.w..... aaminnn 

Selepas sarapan pagi seperti hari-hari sebelumnya kami semua berkumpul di lobi hotel menunggu kehadiran bas yg akan membawa kami bagi ziarah luar madinah hari ke 3 juga hari terakhir disini....seperti biasa kami berwuduk dulu di Hotel dan akan ke Masjid Kuba` untuk tunaikan sekurang-kurangnya solat sunat 2 rakaat untuk mendapat pahala umrah buat hari yg ke 3 nya....Insyaallah....aaminnn.

Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

.......barangsiapa saja yang waras lagi fikirannya pasti akan berebut-rebut untuk mendapatkannya..... itulah rahsianya mengapa ustaz Halim membawa kami ke Masjid Kuba` setiap kali membuat ziarah luar Madinah.

Selesai solat sunat di Masjid Kuba`, kami dibawa pula ke sebuah lagi ladang kurma disini, seperti biasa pastinya ramai pengunjung disini... kami tidak membeli apa-apa lagi hanya "window shoping" saja kerana segala keperluan utk itu telah dibeli di Pasar Kurma di Kota Madinah semalam.... jadi dtg jenguk dan makan beberapa ulas sahaja dan kami dihidangkan dgn tea arab yg tak boleh saya minum kerana rasanya yg sgt berlainan....

Kemudian kami ke perbatasan tanah haram dengan tanah halal Madinah dan disitu ada sebuah tugu penanda di atas sebuah bukit yg menandakan perbatasan tanah haram tersebut....aku pun lupa nama tempat tu..seperti biasa masing-masing ambil peluang bergambar disitu.



..sementara jemaah lain merakamkan foto kenangan mereka di perbatasan tanah haram Madinah Al-Munawarah..., aku sempat merakam satu spesis pokok yg ganjil buah nya disitu, tak tau boleh makan ker tidak buahnya dan aku merakamkan beberapa gambarnya.



Lokasi berikutnya kami ialah kawasan riadah  dan perkelahan penduduk Madinah, kawasan tersebut ialah Jabal Maghnatis atau dalam bahasa kita Bukit Magnet....fenomena ini menarik ramai pengunjung luar juga tempatan untuk datang melihat sendiri keajaiban dan kekuasan Allah disini... Kekuatan daya tarikannya boleh menarik sebuah bas telah dimatikan injinnya yg penuh penumpang ke arah Madinah walaupun keaadaan jalannya yang mendaki... subhanaullah...itulah dia kekuasaan Allah.
... dikawasan ini terdapt banyak pokok hidup dan semasa kami baru sampai kesana awan mendung dilangit dan sewaktu kami bergerak pulang hujan turun agak lebat juga tapi hanyalah beberapa minit sahaja tetapi sudah cukup untuk membasahi kawasan tersebut...... berguna juga lah juga "viper" bas yg kami naiki itu...agaknya entah berapa kali jer setahun digunakan....


kawasan perkelahan dan riadah penduduk Madinah



Setelah menghabiskan masa selama 1 jam disitu kami pun berangkat pulang ke Madinah, dalam perjalanan balik Ustaz Halim membawa kami singgah melawat rumah sepupu Siti Aishah r.a dan anak saudara kepada Saidina Abu Bakar As-Siddik r.a, memang beliau merupakan orang yg kaya di Madinah di zaman itu dengan melihat tapak rumah  dan binaan rumah dua tingkat yang besar..... adalah dikisahkan Siti Aishah pernah tinggal disini suatu masa dulu.

Saidatina Aisyah r.a pernah tinggal disini suatu masa dulu

30 minit kemudian kami pun berangkat pulang ke Kota Madinah, sampai saja dihotel terus kebilik mandi dan bersiap-siap untuk ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat  zuhor yang terakhir  sebelum berangkat ke Makkah Al-Mukaramah pada kira-kira pukul 3.00 ptg nanti.

Sekian catatan perjalanan buat kali ini, sehingga jumpa lagi dilain catatan...















6 ulasan:

  1. Baru tau pasal Bukit Magnet tu..maha suci allah!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Ujie..,

    bukit magnet tu mula dikesan lebih kurang 7 tahun lepas dan sekarang ni jadi kunjungan jemaah ke Madinah yg pastinya hanya org islam saja yg boleh memasuki kawasan ini....allahuallam.

    BalasPadam
  3. Banyak lawatan luas pandangan...

    Sayang rumah lama tu mcm terbiar gitu je...

    BalasPadam
  4. Asslamualaikum mie...,

    Haah....cuba hayati betapa susahnya pengorbanan Rasulullah saw...,

    ..yer laa semakin runtuh baglo tu.. siap ada kolam macam swimming pool kat sebelah banglo tu mie,mungkin diaorg tak nak mengubah keaadaan asalnya...kawasan tu pagar berkawat duri aku tengok

    BalasPadam
  5. Salam...subhanallah..bila la aku nak pergi...insyaAllah satu hari nanti....apapun terhibur..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Fadzli..,

    Yg penting ada niat nak kesana, pasti Allah akan beri peluang..Insyaallah..aaminnn

    saya doakan....syukor kerana en3 ni menghiburkan...alhamdulillah.

    BalasPadam