Jumaat, 2 September 2011

Tarikh Keramat di Tentukan Ulama Terkenal


Syeikh  Abdullah Fahim ( 1870 - 1961 )


Kita masih lagi dalam mood Hari Kemerdekaan yang ke 54 negara kita Malaysia yang disambut tanggal 31 Ogos 2011. Namun bagitu masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak mengetahui siapakah yang menetapkan dan menentukan 31 Ogos 1957 itu sebagai tarikh hari kemerdekaan yang sesuai dan terbaik untuk di pilih.

Tarikh tersebut ditetapkan di Pulau Pinang oleh seorang ulama, yang juga ahli falak terkemuka dan tokoh masyarakat yang disegani, Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim namun bagitu beliau lebih dikenali sebagai Syeikh Abdullah Fahim , menurut penduduk Kepala Batas, gelaran "Fahim" yang diambil daripada bahasa Arab "Fahimun" bermaksud orang yang lebih memahami hal-hal agama diberikan oleh anak muridnya berikutan kebolehan dan kemahiran beliau menguasai ilmu pengetahuan. Beliau lebih di kenali dengan panggilan mesra sebagai " Tok Ngah Lah".

Beliau bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas malahan merupakan seorang penulis, ahli politik yang cekap dan bijak bersyair. Walaupun beliau tidak berada di barisan hadapan untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada Inggeris, namun tokoh itu sentiasa menjadi inspirasi dan tempat rujukan pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sebelum berlepas ke London untuk mengadakan rundingan mengenai kemerdekaan itu bersama pemimpin-pemimpin Perikatan, Tunku sekali lagi menemui Abdullah Fahim untuk mendapatkan nasihat.

"Beliau nasihatkan Tunku supaya pergi ke London menaiki kapal laut agar mereka mempunyai banyak masa untuk berbincang dan mencapai kata sepakat, terutamanya dengan wakil raja dan apabila selesai, hendaklah mereka pulang segera dengan kapal terbang supaya tidak ada pihak sempat menukar fikiran," katanya.

Tunku dikatakan sekali lagi menemui Abdullah Fahim untuk meminta pandangannya mengenai tarikh kemerdekaan yang sesuai untuk Tanah Melayu dan menurut firasatnya tarikh 31 Ogos 1957 adalah yang terbaik tetapi jika Inggeris tidak bersetuju dengan tarikh itu, maka penduduk Tanah Melayu terpaksa menunggu lima tahun lagi iaitu pada 31 Ogos 1962.

Beliau menyahut panggilan Ilahi pada hari Rabu, tanggal 28 April 1961 pada usia 91 tahun.Sesungguhnya, tanpa penglibatan Abdullah Fahim dalam proses kemerdekaan negara tarikh kemerdekaan tanahair kita mungkin berlainan daripada apa yang dicatatkan hari ini. Apabila negara menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos 2011 yang lalu, janganlah kita lupa bahawa tarikh keramat itu dipilih oleh Abdullah Fahim.





Sekian catatan buat kali ini sehingga berjumpa lagi di lain catatan

Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w
Wabillahitaufik Walhidayah..,

14 ulasan:

  1. Baru tahu fakta ini, TQ for sharing...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum mie..,

    aku pun baru jumpa fakta sejarah ni... tu yg nak share tu....TQ sudi sharing..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ujie...,

    saya pun baru jer terjumpa fakta ni .. TQ kerana sudi sharing

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum en_me...,

    baghitewww lah adanya....

    BalasPadam
  5. assalamualaikum azmnor,
    baru ni tahu...ingatkan tuanku yg letak tarikhnya rupa2 tuan guru Abdullah Fahim...thank for the info.

    salam kenal,
    zue.

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum...untuk fakta yang tidak pernah terlintas di fikiran saya.

    BalasPadam
  7. Assalamualikum zue,

    Salam kenalan dan salam Aidil fitri Minal aidil Wal Faizin..

    saya pun menyangka kan bagitu , sekali tu browse internet terjumpa fakta tu kat BERNAMA...

    memang ada banyak info pasal kemerdekaan dan sejarahnya dlm internet.

    TQ follow blog saya..

    BalasPadam
  8. alaikum salam zimmy..,

    tak apa dgn adanya teman maya ini kita dpt bertukar-tukar info yg berguna...

    TQ sudi dtg blog saya...

    Salam Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin.

    BalasPadam
  9. terima kasih atas niat dan hasrat berkunjung ke rumah saya. nampaknya jodoh belum sampai. datanglah lain kali, tak musim raya pun tak apa.

    berkenaan dengan entri ini, saya pun baru tahu tarikh itu dicadangkan oleh ayah Pak Lah. kenapa tak di warwarkan oleh media massa ataupun saya yang terlepas pandang.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Tn Hj..,

    tak der jodoh dan rezeki nak jumpa dan beraya...Insyaallah ada kesempatan lain kali saya kesana lagi.

    tak taulah pasal apa tak di warwarkan tapi rasanya pernah terbit dalam atikel BERNAMA beberapa tahun yg lalu masa kita menyambut merdeka yg ke 50...saya pun dapat fakta tu dari BERNAMA dan saya rasa perlu kongsi bersama teman blogger yg lain pasal sejarah negara tercinta ini...

    BalasPadam
  11. assalamualaikum...

    arwah nie ayah pak lah kan??

    memang hebat ilmu falak arwah ini..kagum sy :-)

    BalasPadam
  12. Alaikumsalam shahrom..,

    yer allahyarham ni datuk pak lah.., pak lah tu cucu allahyarham...

    memang ulama yg tersohor...

    Al-fatihah buat Allahyarham....aaminnn.

    BalasPadam